Jumaat, 13 Julai 2012

Rainy Friday

Assalamualaikum!

Subuh sampai tengah hari hujan lebat >,<
"Kenapa lah hari ni bukan hari Sabtu, kalau tak, sedap tidur ni" Dialog cikgu BM pukul 10 pagi. Haha.. ingat kan kita-kita  je yang fikir macam tu .



Pagi Jumaat macam biase, semua kena kumpul kat dewan untuk baca yassin. Dari kelas nak ke dewan jauh jugak dan tak sepanjang laluan berbumbung. Tak bawa payung pulak tu. Hambik kau~ Basah tak berapa nak kuyup tapi still buatkan badan saya yang kurang lemak ni menggigil. Weehee~

Time nak pegi sekolah bukan main best lagi sebab ayah hantar sampai depan bangunan kelas anak emas lah katakan, jadi buat apa nak bawak payung kan. Haha, bila nak pergi dewan payung guna tangan je lah~ Melompong tengok orang lain bawak payung, cun-cun pulak tu payung diaorang. Nasib badan... Tapi sebenarnye seronok jugak bagi orang yang tak puas main hujan masa kecik ^_^ . Macam orang jakun tak penah nampak hujan, jalan slow2 sambil depakan tangan dalam hujan dengan kepala mendongak ke langit plus dengan senyum kambing sampai telinga~ Saya nak buat macam tu takut cikgu terus transfer saya kat Pendidikan Khas je. Hak3.

Konon-konon malam nak buat kerja Add Math. Ok, memang ada pun buku Add Math kat depan saya tapi apakah bendanya sebelah buku add math tu?? Haha, mesti lah laptop (kan saya tengah update ni). Mula-mula buka blog, pastu active fb, then deactive balik (fb is still the same walaupun sye dah lama deactive), pastu layan youtube kejap (hari ni asyik terngiang-ngiang lagu menyesal- Ressa Herlambang/ ost Tasbih Cinta). Kemanakah hw add math tu?? Haha.. dalam angan-angan. Lepas youtube, rasa nak update blog pulak~ Hw add math memang terus meng'ghaib' ...

Okey, janji lepas ni saya buat~
'rajin nye die ni malam cuti pun buat hw' <- ada yang fikir macam ni??
No, no, no.. Ili Nabilah tidaklah serajin itu~ Esok pagi ada kelas add math so, benda tu kena siapkan  malam ni jugak T_T
Tapi kalau nak cakap saya rajin pun boley, kan kata-kata tu doa ^_^ Hehhehe

Gud Night.. sweet dream~


Thanks sudi baca <3

Have a nice day!

Tiada ulasan: