Rabu, 19 September 2012

Ayam dan Pepatah Melayu

Assalamualaikum!


Ayam merupakan binatang yang menjadi ternakan rakyat di Tanah Melayu sejak zaman dahulu kala. Sejarah   kedatangan ayam ke Tanah Melayu saya tak tahu pulok.... Tanya Mr. Google pun, tak dapat jawapan yang tepat lagi sahih. Back to the topic, pepatah Melayu memang ada banyak berkaitan dengan ayam. "Orang zaman dulu memang suka tengok ayam lah agaknye, suka sangat buat pepatah ayam", ayat cikgu Bahasa Melayu, hahha. Mungkin jugak..

1) tulisan Cakar ayam: Tulisan yang buruk+hodoh atau dalam ayat lembutnya, tulisan yang tidak dapat dibaca.

Kalau ada cita-cita nak jadi doktor, tak pe kot teruskan tulisan macam ni.. muehehe
'Tulisan saya tak buruk, cuma saya ada font saya sendiri'

2) kaki ayam: tidak berkasut, tidak bersandal/berskandal, atau tidak berselipar


Gempak! Boleh bergegar satu sekolah kalau pakai kasut ni~ Cikgu disiplin pun boleh kejar korang, semata-mata nak dapatkan kasut ni. Lol~

3) Ayam terlepas, tangan bau tahi: Maksudnya kejahatan tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. 

4) Seperti ayam berak kapur: Maksudnya, rupa pucat kerana menghidap penyakit. 

Ini ke muka ayam berak kapur? Ntah, tak tau~

5) Seperti anak ayam kehilangan ibunya/induknya: kesusahan kerana berpisah dengansahabat karib, rakyat yang kehilangan pemimpin.

6) Rabun ayam: kurang jelas pengelihatan, pengelihatan tak berapa nak clear, kabur-kabur skit
Ini bukan pengelihatan kurang jelas tapi terus tak nampak. Cian die..

7) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang: Binatang yang selalu kais-kais pun ayam jugak~

8) Ayam bertelur, riuh sekampung

9) Hangat-hangat tahi ayam


Ini pula pepatah/peribahasa/perumpamaan yang agak jarang didengar:

10) Ayam bertelur di atas padi: hidup mewah.

11) Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan: Hidup susah di negeri mewah.

12) Ayam dapat, musang pun dapat: Pencuri dapat ditangkap, barang-barang pun tak hilang.

13) Ayam ditambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang: Nasib yang amat malang.

14) Ayam keluar mencari musang: Perempuan yang keluar mencari lelaki.

15) Ayam pulang ke pautan: Balik/kembali ke tempat asal.

16) Ayam seekor bertambang dua: Dua orang pemuda yang meminati gadis yang sama.

17) Ayam tak patuk, itik tak sudu: Dua-dua tidak sudi.

18) Ayam kinantan: Pemuda yang lain daripada yang lain

19) Ayam tambatan: Orang harapan.

20) Ayam pemikat: Orang yang dijadikan umpan.




K, that's all for now. Thank you for reading this entry ^_^

Have a nice day!

3 ulasan:

encik cool berkata...

ayam oh ayam..

Tanpa Nama berkata...

suka makan ayam ke.....

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana memberi maklumat yang cukup baik