Jumaat, 16 November 2012

Jamuan NILAM

Assalamualaikum! Olla~
Pukul 9:45 pagi saya tiba disekolah. Dari jauh dah nampak bayang Fatihah dan Syahnaz. Amboi korang, bab makan laju je, kalau nak pergi kelas addmath cikgu adam tak adanya cepat macam ni.. Hahhaha

Tunggu punya tunggu, pukul 10:00++ baru cikgu Ayu bawak kami menuju ke...
"Cikgu, pengetua nak belanja kat mana ni?"
"Ntah la, saya pun tak tau"
Okey, tau cikgu tipu, surprise^^

30 minit kemudian, kereta Cikgu Ayu mula masuk ke jalan menuju ke Hospital Batu Pahat.
"Cikgu, pengetua nak ajak makan kat rumah dia ke?" Sedap je ber'dia-dia', beliau lah!
"Hahha.. Ntah, saya tak tau"

Sampai di satu simpang masuk, nampak satu signboard. Shahnaz dan Maizatul, "Beriani Power. Owh.. Kita nak makan kat sini eh cikgu??". Cikgu masih dengan permainannya,"Ntah la.. Hehhehhe"

Pastu, cikgu buka juga rahsia. Betullah, pengetua nak belanja makan nasi beriani dekat Restauran Beriani Power di Taman Soga, berhampiran dengan rumah beliau...

 Nasi Beriani Ayam

Maizatul dan Fatihah

Shahnaz dan Ili Nabilah

Terima kasih banyak Cikgu Noriah^^




Sebelum balik ajak cikgu pergi BP Mall, tapi cikgu busy. Tambahan pulak hari ni hari Jumaat, Shahnaz kene balik untuk sembahyang Jumaat. Maizatul pun ada hal, tak boleh balik lewat sangat. Saya dan Fatihah okeyh je~

Alhamdulillah, demam saya dah surut pagi ni. Tapi bila sampai rumah, kepala berat balik~ Memang bagus la pening ni, time urgent tu dia menghilang, bila rilek-rilek je dia datang balik.. Terima kasih ya Allah^^






Have a nice day!

2 ulasan:

Laila R. berkata...

nice blog:) The food looks very good!

xoxo_laila

http://townhousepalette.blogspot.com

IliNabilah berkata...

hehhe~ tengss^^