Khamis, 10 Januari 2013

Menangislah

Assalamualaikum! Entry pertama bagi tahun 2013~


Mengikut kajian, jangka hayat perempuan lebih panjang daripada lelaki. Antara sebabnya ialah, perempuan menangis (lelaki control macho lagi cepat mati?). Apabila ditimpa masalah, menangis lebih baik daripada memendam. Mengangis dapat membantu meringankan tekanan. Kalau anda mengalami apa-apa masalah, cubalah menangis. Anda akan dapati selepas menangis semua masalah seolah-olah gugur bersama juraian air mata! Walaupun masalah tak akan selesai dengan menangis, tapi fikiran kita akan lebih tenang dan stabil dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Tapi ingat,jangan sambil menangis sambil anda memikirkan cara menyelesaikan masalah. Ambil sedikit waktu, lebih kurang 10 minit sudah mencukupi. Menangislah semahu-mahunya, lepaskan semua masalah. Dan selepas itu, anda akan berasa sangat lega. Kalau tidak lega juga, bagaimana? Kalau tidak lega juga, ini bermakna anda tidak cukup menangis. Menangis lagi, lagi dan lagi! (ayat macam kejam) Akan ada satu tahap, air mata tak mampu lagi mengalir. Apa yang harus anda lakukan setelah itu ialah, tenangkan diri, tarik nafas dalam-dalam dan hembus (boleh mati kalau tak hembus balik hahha). Kemudian, senyum. Senyum (fake smile pun tak apa, sebab daripada fake akan jadi real) selebar-lebarnya. Seterusnya, anda sudah bersedia untuk memikirkan jalan penyelesaian dalam keadaan yang stabil! Good Luck~


Invisible tears are the hardest to wipe away

I love walking in the rain cause no one can see me crying
-Rowan Atkinson a.k.a Mr Bean

But Mr Bean, I love crying in toilet because I'll catch a cold in rain~

As a muslim, berdoa merupakan yang terbaik. So, selain menangis berdoalah sebanyaknya~


Have a nice day!

3 ulasan:

lai berkata...

wahhh,lepas ni nk nangis byk2..haha

arif othman berkata...

aq pon nak ngis la...

IliNabilah berkata...

same2 kita berusaha utk panjang umur~
lalalala