Khamis, 24 Januari 2013

Wasatiyyah Tonggak Kejayaan Ummah

Assalamualaikum! Selamat Menyambut Maulidur Rasul~
Banyakkanlah berselawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.

-Umar Al-Khattab r.a berkata : "Hendaklah kamu banyak berzikir & mengingati Allah kerana itu adalah PENYEMBUH, Jauhilah dari banyak menyebut hal manusia, kerana itu adalah PENYAKIT"

-Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. 
[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]



Sejak masuk sekolah menengah, sambutan maulidur rasul kat sekolah antara event yang saya tunggu setiap tahun~ Lagi best kalau dapat buat sepanduk^^ Bertambah-tambah best kalau dapat join sekali perarakan. Dan paling osem kalau menang.

Setiap tahun, sempena sambutan maulidur rasul SMKDS akan buat pertandingan perarakan+buat sepanduk bagi setiap tingkatan. Pertandingan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kategori menengah rendah, menengah atas dan tingkatan 6. Saya start involve dalam pertandingan ni sejak form 3, time tu saya cuma tolong buat sepanduk untuk tingkatan je sebab kelas lain yang jadi wakil untuk form 3. Rasanya tahun tu form saya tak menang (dah lupa, kalah lettew). Then, form 4 dapat  buat sepanduk lagi dan yang osemnya kelas saya dapat jadi wakil untuk tingkatan 4, so perarakan pun saya dapat join. Lawan dengan tingkatan 5 mesti la kalah. Junior yang baik akan sentiasa bagi laluan kepada senior (lol). Tahun ni, in sha Allah kelas kami akan jadi wakil lagi, wuhhuu~ Tunggu berita selanjutnya^^


Gambar tiada kaitan

p/s: Tahun last sekolah, kalau boleh semua nak cerita kat blog a.k.a online diary ^_^

Have a nice day!

Tiada ulasan: