Isnin, 4 Februari 2013

Persembahan Drama dan Choral Speaking ^_^

Assalamualaikum!  Pada majlis perasmian bulan bahasa di SMKDS, kelas kami dikehendaki membuat pesembahan.
   Dalam 3 minggu lepas, Cikgu Salwa arahkan kami untuk prepare oral BI (berkumpulan), tak kesah nak buat persembahan apa, forum boleh, debat boleh, roll play pun boleh. Dan yang paling fames mestilah roll play. Time tu, otak dum-dam-dum-dam fikir persembahan apa nak buat. Dan.. BINGO! Satu idea awesome datang~ Saya pilih role play! Dan tajuknya ialah.. Jeng jeng jeng! GRAND FINAL MISS HIJABISTA(idea asal). Sebenarnya saya dapat idea ni daripada kem Pandu Puteri yang saya join tahun lepas, untuk malam kebudayaan, ada satu group tu buat ala-ala fashion show+ miss universe.

Jadi, malam tu saya bersengkang mata tengok youtube sampai 2 pagi, cari idea untuk buat skrip. Miss Universe entah tahun bila pun tengok jugak. Yang paling memberi banyak sumbangan dan inspirasi (inspirasi??) ialah video Miss USA 2012.
Malam kedua tulis skrip. Esok pagi tunjuk Ain, Wana dan Amera (kami satu group ^_^).
Malam kedua, touch up skrip. Pagi tu bincang-bincang lagi dan MISS HIJABISTA  tak berapa sesuai, model tak nak pakai shawl belit-belit tercekik. Dan, tajuk baru roll play kami ialah MISS KEBAYA!
Malam ketiga, touch up skrip habis-habisan. Niat esok pagi nak mintak cikgu check.
Malam keempat, tulis balik skrip yang cikgu dah tanda. (banyak bebenor kaler merah kat skrip tu.. hewhew)
Perfect! Dah boleh hafal~

2 minggu lepas, disebabkan kitaorang satu-satunya group yang dah hantar skrip, Cikgu Salwa mintak kitaorang perform roll play atas stage semasa majlis pelancaran bulan bahasa. Oh tidak!
"I'll give you extra marks for your oral. Boleh?"..  Mak aii, markah lebih tu, siapa tak nak?
erk..erk..erk... *ehem.. extra marks mana Ili Nabilah boleh lepaskan.
" Full mark, boleh teacher?"
"Eh, full mark tak boleh lah"
"Full mark minus one?"
"erm.." reaksi teacher memberi jawapan TIDAK. Markah macam tu memang mustahil kot.. Hehhe
last-last, puk-pak-puk-pak-puk
"Ok la, I force you. I. Force. You. So, please prepare"
Erk.. okeyla, at least boleh timba pengalaman (disamping dapat markah ekstra!) .Almaklumlah, ini kan last year.
Pastu, kelas kitaorang kene perform choral speaking jugak dan semua yang rasa dirinya perempuan diwajibkan masuk. Dan, kitaorang (me, ain, wana, amera) pun wajib masuk jugak.


Minggu lepas, selain daripada busy buat sepanduk, kami kena latih roll play+choral jugak.
Walaupun sibuk, tapi saat-saat tu yang best!

My siblings ^_^ : Semua bala tentera 5 Karisma ada kecuali Hadi dan Judin.
20 girls 6 boys
Baris atas dari kiri: Ain dan Mai
Berdiri dari kiri: Fazlee, Shahnaz, Ejah, Zarith, Fieqa, Wana, Farahin, Amirah, Amera, Ili Nabilah, Jia Ying, Yanie, Hariz dan Akmal
Duduk (atau lebih tepat, cangkung.. muehehe) dari kiri: Azwa, Lai, Fatin, Teha, Fara D, Fika Daus, Diana dan Sexy

Drama Team. 
Atas dari kiri: Fieqa, Sexy (Amirah Syafiqah), Hariz, Akmal dan Fazlee.
Bawah dari kiri: Ezwan, Wana, Ain, Ili Nabilah, Amera dan Shahnaz

Thanks a lot kepada yang sudi membantu. Akmal, Shahnaz dan Hariz sebagai juri. Fieqa dan Sexy sebagai penghantar hadiah. Fazlee dan Ezwan sebagai.. erk.. tak tau nak bagi gelaran apa. Tugas diaorang tabur kertas blink blink dari atas stage sewaktu pemenang Miss Kebaya diumumkan. Terima kasih Cikgu Salwa. Terima kasih kengkawan 5 Karisma. *Dah setaraf ucapan penghargaan AJL
Opps, lupa nak bagi tahu watak kitaorang berempat.
Saya dan Ain sebagai host manakala Amera dan Wana sebagai finalist Miss Kebaya.



Judges of Miss Kebaya.

Choral Speaking.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Satu pesanan Mai yang saya dan Ain ingat daripada time latihan, tibalah ke buat persembahan, "Kau kene buat betul-betul. Jangan sampai kau menyesal bila turun pentas nanti". Sejak tu, kitaorang praktis dengan lebih serius. Dan, alhamdulillah.. Tak menyesal pun bila turun pentas ^_^

~Thanks for all the precious moments~
Best Friends: ABCDEFG
A: Accept you as you are
B: Believe in having fun
C: Cherist time together
D: Dream big dreams
E: Enrich, comfort, delight
F: Follow up and follow through
G: Grow forever memory

Sumber gambar-gambar entry kali ini: Shahnaz

View the same story at: Blog Sekolah (Klik Sini)
Have a nice day!

2 ulasan:

syaqirin berkata...

teringat zm skolah dlu2..
nti flow blog bru sye ye
http://sophiepariskiosk.blogspot.com
mekaseh..

IliNabilah berkata...

zaman sekolah zaman terindah~hehhe
in sha Allah