Khamis, 13 Jun 2013

Story Mory

Assalamualaikum! 
 Time tu aku tengah sapu kelas pagi-pagi, tiba-tiba ternampak pembaris 'disney princessss' aku yang aku simpan bawah sampul meja ada kat lantai, dah kenape pulak pembaris tu boleh ada kat situ? Bila tengok balik meja, mak aii bila pulak taufan Katerina melanda ni? Gambar anime, gambar kak Opiy dgn abang Shafiq, lirik lagu dealova, nota sejarah and so on dah hilang. Kertas-kertas periksa yang aku simpan dalam laci pun dah berselerak, siap ada cap mohor tapak kaki kasut sekolah anak sape ntah. Aku pun tanya ain..

"ain, kenapa jadi macam ni"
"ntah la Ili, pagi tadi kite datang memang dah macam tu"
"Kertas-kertas ni kena pijak?"
" Masa kita sampai, kertas Ili tadi bersepah-sepah kat lantai, kita dah kutip dah ni"
"Erk,, siapa la yang buat"
"Ntah la Ili, kelas kita ni kan memang  pelik-pelik sikit"

Huhhu, sejak bila 'makhluk-makhluk' tu pakai kasut? Pembetulan add math aku pun kene pijak. Erk,, kalau nak pijak tu boleh tak tengok dulu kertas ape yang nak jadi mangsa? Kenape la meja aku sorang je yang kene. Ini tak adil...

The Best Prank Ever
Sementara tunggu cikgu Adam masuk, bebudak Karisma yang penat sebab baru balik PJ lepak-lepak macam biasa. Dorang je penat, aku rilek je. Bukan sebab daya ketahanan aku tinggi, tapi sebab aku ter'rajin' gosok baju kurung sekolah  dan 10 minit sebelum gerak ke sokalah baru ingat yang hari tu pakai baju PJ. Aku memang pelupa sikit. Kalau x-ray, ntah berapa banyak semut yang dah mati syahid dalam perut aku. Okey tak lawak. Then, kawan aku masuk bawak paper sejarah. Orang lain dah dapat semalam lagi tapi disebabkan aku pegi pertandingan, waktu tu la baru dapat.

Shahnaz: Nah ni, kertas kau.
Ili: Okey trime kasih. *tenung kertas tu seketika* Ain, kita dapat berapa markah penuh?
Ain: Ni ha, yang kat tepi ni.
Judin: Ili gagal?
Ili: Hah? Aku gagal? 38%?
Ain: Takpe Ili, jangan risau, ramai yang gagal.
Ili: Betulke ni Ain? 

Ain kenkadang takboleh percaya sangat, jadi aq pandang Judin, dia buat muke serius, pastu toleh belakang tengok Wana dengan Ra-in, diaorang senyum pastu serius balik. Tolong cakap bende ni semua tipu. Aku dah terbayang ranking aku terus tertarik ke bawah. Dah la kali ni result nak kene tampal kat papan kenyataan sekolah. Adoii malunye. Ntah kenapa nak malu, padahal Ili Nabilah tak ade pun boypren atau crush kat sekolah tu. Malu tu kan sebahagian daripada iman, so kene la malu. Hikhikhik~ Pastu terfikir hari terbuka, mak dengan ayah nak datang. 

Ili: Korang, betul-betul la.
Judin: Betul la Ili.
Ain: Tak pe la Ili, ramai la yang gagal. Kitaorang pun gagal. Kat sini Ra-in je yang lulus, tu pun dapat 40%.

Gagal lagi? Semalam dah la gagal, dapat nombor 3 kereta solar peringkat daerah je. Pastu pagi ni gagal subjek sejarah. Apa yang aku dah buat sampai asyik gagal je ni? Air mata dah get ready nak terjun dari kelopak mata. Aku rasa nak lari pergi bilik guru time tu untuk mintak tambah 2 markah dengan Cikgu Halimatus'adiah. Tak kesah la cikgu nak suruh aku buat ape, even putus dengan bf pun aku sangup. Ececeh. Seriusly, rasa kepala macam kene hempap dengan UFO yang kelajuannya melebihi kelajuan cahaya! Justin Gatlin dah awal-awal kalah. Frust tahap gaban!

Ili: Ain, bagitau la betul-betul.. Kita nak nangis ni.
Ain: Ili, jangan la nangis, ramai la yang gagal.

Mata aku dah start berair. Then pandang balik Wana dengan Ra-in sebab dorang tak berapa pandai berlakon so memang tak pandai menipu. Tapi muke dorang takberubah, serius macam tadi. So betul la aku gagal ni? Hakhakhak,, tak dapat terima kenyataan sekejap. Kalau nak bagitau yang BIO aku fail, aku memang percaya awal-awal lagi kot. Hehheh. 

Dah tak dapat nak tahan lagi, aku pun tak memasal nangis kat situ. Sengal okeyh. Malu je kengkawan nampak. Air mata tu pun satu, sabar la kejap, bagi aku lari pegi toilet dulu. Cepat-cepat keluarkan tisu dari beg, dengan harapan boleh cover bagi orang tak nampak. Itu mustahil. 

Ain: Erk.. Ili.. jangan la nangis..
Ili: Tak, tak nangis.. *penipuan secara terang-terangan, masa tu  air mata dah berjurai-jurai.
Ain: Ili, Ili dengar ni.. Ili dapat A la.
Ili: Tipu.
Ain: Betul la Ili dapat A.
Judin: Ye la Ili, kau dapat A.

Pandang Wana dengan Ra-in, apesal muka dorang takberubah. Ambik masa beberapa minit sebelum aku percaya cerita yang sebetulnya. Mereka sangat kejam. Hahhhah~ Sejak bila Wana dengan Ra-in pun pandai berlakon ni? Hahha.. Ape pun, itu memang prank terbaik!


Have a nice day!

Tiada ulasan: