Rabu, 18 September 2013

Coret-coret Budak SPM

Assalamualaikum! Hai..
Rutin harian biasa sebagai seorang pelajar yang akan menduduki SPM, pergi sekolah balik sekolah, study, buat homework, revision n bla bla bla, malam tido.. Tiap2 hari rutin yang sama. Tak ada bende best yang nak saya kongsikan.


(gambar tiada kaitan)


Tak tau nak update ape sebenarnye (kesengalan terserlah). Saya baru lepas habis TRIAL SPM, result pun dah dapat, ada yang ok n tak ok, yang tak ok lagi banyak daripada yang ok, so overall keputusan  tak berapa ok (pening tak nak baca bila banyak sangat perkataan ‘ok’?.. Maaf saya sengaja :P). Kesimpulannya, saya tinggal duduk goyang kaki kalau nak gagal dan kene struggle gila2 tahap infiniti kalau nak result cemerlang~ Dua pilihan je.. Pilih la nak yang mana. Tapi saya pilih dua dua, struggle gila2 sambil duduk dan menggoyang-goyangkan kaki.


Struggle gila2 tahap infiniti = Berjaya

Duduk goyang kaki = -Gagal

Struggle gila2 tahap infiniti + duduk goyang kaki = Berjaya +(- gagal) = Berjaya!


Equation matematik menunjukkan bahawa jika saya mengambil kedua-dua pilihan, hasilnya tetap sama, saya akan berjaya~ Okey, berhenti mengarut :P



Bila SPM semakin dekat, maksudnya semakin dekat masa untuk saya menghabiskan zaman persekolah.. Cepatnya masa berlalu.. Tak nak tinggal sekolah T_T. Akan merindui SMKDS, rindu DC, rindu kengkawan 5 Karisma, rindu sume kawan, rindu cikgu2, rindu blok2 sekolah n sume2 la.. Saya harap, saya tak akan tinggal kan sekolah macam tu je..  Saya nak bagi something untuk sekolah.  Saya nak SMKDS bangga ada pelajar macam saya! Tu je.. Sayang SMK Dato’ Sulaiman ketat2 ^_^ (cakap la Ili, ape kau nak cakap.. Yang penting kau bahagia.. Lalalala)



Dalam masa yang semakin suntuk ni, saya selalu teringat kata-kata Cikgu Azizul Rahman, “kalau dalam masa 3 bulan ni awak tak buat sesuatu, awak akan menyesal untuk 30 tahun akan datang” Itulah kata2 beliau 2-3 tahun yang lalu untuk senior2 saya yang akan menduduki SPM. Sekarang ni bukan 3 bulan, tapi tinggal lebih kurang sebulan setengah untuk saya menduduki SPM. Masa tengah senazak-nazaknya, tahap kalau kau masuk laut, air tu dah paras2 hidung cam tu. Tiba2 datang ombak besar. Terkapai-kapai ku kelamasan.. Kalau tau berenang OK, kalau tak kau akan jadi makan tengah hari jerung~ So, please, please n please Ili Nabilah.. Please buat yang terbaik kalau tak kau akan menyesal sampai tua kerepot. Dah tua2, duduk tepi tingkap pastu bermonolog, “kenapa la masa aku sweet17 dulu aku tak nak belajar betul2?” Pastu garu kepala yang tak gatal tetiba kluar bunyi ‘krek krek’, tulang reput..   Osteoporosis sudah..



Ingatan untuk diri sendiri:

Dalam masa tinggal berapa hari je lagi nak SPM (49 days more if I’m not mistaken) jangan pernah toleh kebelakang, jangan dok menyesal dengan result yang teruk, tiap hari asyik moody sebab Kimia gagal (contoh). Sebab daripada menyesal2 tu, lebih baik kau buat something yang akan mengubah result tu. At least bila ada exam lagi, kau takkan nangis lagi. Inikan pulak lepas ni terus SPM. Kau nak ke nangis mase ambik result nanti? Menangis kekecewaan tak nak, menangis sebab terlalu gembira nak la. Hehhe, siapa yang tak nak kan. So, tolong buat perkara yang akan buat masa depan kau berterima kasih sangat dekat kau. Stop worrying and start doing okay!



Have a nice day!

2 ulasan:

yuna chi berkata...

Goodluck Nabila :)

IliNabilah berkata...

trimas usna ;)