Jumaat, 24 Januari 2014

Cuti Panjang

Assalamualaikum! 
 Saya Ili Nabilah, kini saya bukan seorang penganggur tapi lebih kurang macam sepupu sepapat pengganggur juga. Hehhe.. Sambil tunggu result SPM keluar, tak banyak yang saya buat, kerja pun tak. Dulu ada berangan-angan nak update blog setiap hari, tapi seperti yang telah dijangka setelah hampir dua bulan bercuti ni dapat update 1 entry je.. 'Graduasi' itu pun publish gambar tanpa apa-apa story.. Macam pemalas je, macam lazy je.. Eh!

Tak kerja?
Iya saya tak bekerja. Mula-mula teringin, pastu plan nak kumpul duit beli phone baru ke, lappy ke.. Ehehe, tapi bila fikir-fikir balik, inilah masanya saya nak jimba2, suka2 suki2. Phone n lappy mintak mama dengan ayah belikan je. Ahaha, agak-agak boleh dapat tak?

I'm a tailor now~ Saya sekarang jadi pembantu mama jahit baju. Inilah periuk nasi saya.*over je periuk nasi bagai.  Saya tolong jahit tepi dan setiap satu baju dapat lebih kurang RM6. Kalau speed, saya dapat siapkan jahit tepi 1 baju dalam masa 15 minit. Kalau saya menjahit selama 1 jam, saya dapat siapkan 4 baju. Kalau saya menjahit selama 6 jam, pendapatan saya satu hari ialah RM144. Kalau saya menjahit setiap hari dalam masa satu bulan, pendapatan saya ialah RM 4320. Wuhuuuu~ Ahaha.. Jangan cemburu ^_^

Tapi itu semua hanyalah kalau dan kalau. Satu hari biasanya saya cuma jahit 2 pasang baju. Dan dalam seminggu dalam 3 atau 4 hari je.. Erk.. Hehhe.

Selain itu, saya ada juga buat bisness sendiri. Ala-ala income sampingan. Saya ada buat keychain daripada kain felt. Tapi belum bergiat aktif.

Saya buat tak banyak. Pattern lain akan menyusul kemudian. Pernah try buat minion sebab ada orang tempah tapi daripada minion jadi onion. Hee

Dalam bulan Januari ni, saya masih pergi sekolah~ Sekolah? Iye sekolah.. Dalam satu minggu dalam 2 atau 3 kali saya akan bertapa kat sekolah. Saya bantu ALUMNI untuk buat program kat sekolah. Ini merupakan program bersama Alumni yang pertama akan diadakan di SMKDS. Program akan berlangsung selama satu hari pada 30 Januari ini.

Babysitter kepada  Aliff Iskandar. Budak kecik yang selalu cakap tak berhenti, suka mendesak dan buat sesuatu ikut suka hati dia je. Annoying kay, tapi saya sayang dia~ Paling best, dia paling suka main game. Dan dia tak suka main sorang2. Sambil menyelam minum air katenye. Jadi babysitter dia bersamaan dengan jadi seorang gamer.Terima kasih banyak Alip! Bahagia kakak duduk rumah. Ahaha~



Selain tu, saya ada jugak sambung buat lukisan, but the worst part is bila saya lupa cara buat sungai cane. Pastu saya cari lukisan lama untuk refer balik cara buat sungai. Selama ni, saya letak lukisan2 lama tu atas almari, jadi bila nak cari balik mestila saya cari kat atas almari. Bila jenguk je atas almari,, "huwarrgg!" meraung okay sebab lukisan saya dah tak ada kat situ. Dan sampai sekarang masih tak jumpa. Orang kata kalau nak cari barang hilang kita kena ingat balik jejak kita. Saya pun try ingat balik, tapi kalau benda tu terjadi setahun yang lalu, dengan nak SPM lagi masa tu, Peratus dapat ingat balik tu macam 0.1%. Ahaha.. Everything happen for a reason. Mungkin saya tak payah sibuk2 lagi buat lukisan lagi, atau inilah masanya untuk saya buat lukisan sebanyak-banyak-banyaknye! Lalala~ Just wait n see. Hahhah..


That's all for now. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~ ^_^
Have a nice day!

Tiada ulasan: