Sabtu, 1 Februari 2014

Surat untuk masa depan

Assalamualaikum! 
Hai. Selamat menyambut tahun baru cina.

Pernah tulis surat untuk diri sendiri? Bunyi macam mengarut tapi sebenarnya perbuatan ni lebih kurang macam reward diri sendiri, bagi hadiah, sampul cantik2 pastu dah sampai rumah bukak sendiri. Konsep bagi surat untuk diri sendiri pada masa depan pun lebih kurang sama. Siap dengan intro, 'dear me in the future' dan diakhiri dengan singnature,cume nasib baik pantun pecas kaca takde. Pastu bubuh sikit bedak ke, perfume ke, then lipat lawo2 pastu masukkan dalam sampul, simpan dalam kotak. Beberapa tahun kemudian bukak balik. Sebelum tu jangan lupa buat reaksi, "Wow~ I dapat surat!! Tak sabar nak bukak!"

Sebenarnya tulis surat untuk masa depan tak banyak beza dengan tulis diary. Yang berbeza cuma cara penulisan dan surat mestila dalam sampul surat, tapi kalau nak lipat2 je pun boleh. Tapi yang penting feel bukak surat tu lain sikit, kita macam lebih excited nak bukak sampul. Bukak hati2, jangan sampai koyak. Pastu baca dengan bersungguh-sungguh.  Tapi ade jugak tergelak sebab tengok tulisan macam cakar ayam. Pastu almaklumlah surat tu ditulis sewaktu kita kecik2, cerita pun entah apa2. Serius korang akan gelakkan diri sendiri masa tu. Hahha. Kalau stress surat2 tu akan berguna sangat. Daripada gelakkan orang lain lebih baik gelakkan diri sendiri, tak ade la macam jahat sangat perangai tu. Hahhah...


Sebenarnye, surat2 ni bukanlah hanya sebagai bahan untuk kita gelak2. Kalau ada 'sesuatu' dalam surat tu, ianya akan mampu mengubah hidup kita, tolong kita bangun bila jatuh, bagi semangat untuk capai sasaran dalam hidup, buat kita rasa kuat apabila lemah..

So, apakah 'sesuatu' itu?
Antara perkara2 yang kita boleh tulis dalam surat2 tersebut ialah..

  • Perasaan kita sekarang ni, sedih, gembira.
  • Harapan dan angan2 pada masa hadapan.
  • Sedikit nasihat yang kita mungkin akan lupa seiring dengan berlalunya waktu.
  • Saat-saat senang dan sukar yang sedang dihadapi ketika ini.
  • Kejayaan dan kegagalan masa kini untuk dijadikan pengajaran
  • Target dalam hidup, supaya kita tak lari jauh daripada perancangan hidup kita yang asal.
  • Selitkan sedikit kata-kata semangat.
Perkara-perkara simple macam ni akan buatkan kita lebih mengenali diri sendiri. Even kalau pergi interview pun, interviewers akan tanya apa yang akan kita jadi 10 tahun akan datang? Dengan cara macam ni, kita akan tahu kelebihan serta kelemahan diri dan kita akan ada matlamat yang jelas dalam hidup, apa yang kita nak capai dalam sesuatu tempoh. So dengan cara kita menulis surat, kita dapat review balik, apa yang sebenarnya kita nak daripada awal, apa yang telah kita lakukan sebelum kita menjadi kita yang sekarang ini. Kita juga akan dapat menghargai diri sendiri atas apa yang telah berlaku. Kegagalan sebelum ini juga dapat dijadikan pengajaran agar kita mampu untuk berubah menjadi lebih baik.

Contohnya sekarang saya berumur 18 tahun. Saya akan tulis surat untuk diri saya yang berumur 28 tahun. Saya akan tulis segala harapan saya, apa yang saya mahu capai ketika umur saya menginjak ke 28, segulung ijazah, gelaran doktor, sambung blaja, jadi pakar. Lebih kurang macam tu la. Hehhe.. Then boleh jugak tulis apa yang saya mampu dan belum mampu untuk buat, make sure umur 28 dah mampu berdikari. Tua sangat tak 28 baru nak berdikari? Okeyla, saya ambik umur 25. Erk,, ke 21? 21 tahun dah layak mengundi. Hahha. Tak kesah la, yang penting umur 20++ kalau boleh jangan la bebankan ayah dengan mama lagi. Mungkin inilah antara perkara yang akan saya tulis dalam surat nanti.

Untuk mereka yang telah bekerjaya, mungkin anda boleh meletakkan sasaran kerjaya, simpanan dan sebagainya dalam surat anda.  

Surat bertarikh.
Jika kita ada sesuatu yang penting untuk dilakukan pada tarikh tertentu, menulis surat beserta tarikh adalah yang terbaik. Contohnya, pada 5 Februari 2014 hari pertama kita start kerja. So, hari ini 2 Februari kita akan tulis surat bertarikh 5 Feb dan dalam surat tu kita boleh tulis harapan hari pertama bekerja macam mana, dapat bekerja dengan baik atau tidak, boss tak marah ke, baru kerja boss dah bagi gaji ke. Ahaha.. Tapi jangan la lebih2, 'aku harap kau kerja betul2, dalam satu hari boss dah naikkan pangkat aku. Yay!' Selekeh siapa tulis macam ni. Hahha. But please write something nice, such as 'congrates, you did it well today' dan 'tahniah dah balik kerja, I'm proud of you'. Tulis sesuatu yang menggembirakan hati bila kita baru balik kerja penat2 then terbaca surat macam tu, mungkin hilang sikit penat dan akan bersemangat untuk pergi kerja lagi esok!



Jom tulis surat untuk diri sendiri pada masa depan!

Have a nice day!

4 ulasan:

Nys Anis berkata...

wow !! good idea .. mcm best gak coz secara xlnsg kita akan lebih ingat apa tujuan kita sbnarnya dan niat kita awal2. manusia kann cepat lupa... ;)

Hifzhan Hafiz berkata...

hhhmmmmm..... banyak betul cerita yang menarik dari awak. 'surat untuk masa depan', bagus juga idea tu. biar track kita tak jauh atau lagi baik kalau selari dengan cita2 kita.

IliNabilah berkata...

Anis: betul tu.. Hehhe.. Manusia mmg cepat lupe~ Surat boleh dijadikan sebagai peringatan~

Hifzhan: Yup, surat untuk diri sendiri boleh jadi guideline. Tapi kalau tak selari pun xpe, Allah kan ada perancangan lebih baik

Hifzhan Hafiz berkata...

ye betul tu . . .