Khamis, 3 April 2014

Tengkiu tengkiu

Assalamualaikum!   Assalamualaikum! Hai..

Tujuan utama saya update harini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah membantu mempersiapkan saya untuk berjumpa dengan my lovely adorable charming prince (who was actually a scary and jeopardizing monster), Esspiyyem. Lol! Alhamdulillah, walaupun tak straight A+, saya masih boleh buat mak dan ayah saya gembira. Terima kasih ya Allah :)


Mama dan Ayah
Terima kasih mama, sentiasa bagi sokongan untuk kakak. Sentiasa faham kakak. Sentiasa ada untuk tolong kakak, ingatkan kakak bila kakak lupa dan hayal. Selalu bagi sokongan untuk kakak belajar. Sanggup kejutkan kakak bangun malam walaupun kakak liat sangat nak berpisah dengan kembar tak seiras kakak, katil. Terima kasih sebab selalu bagi kekuatan untuk kakak. Beli macam2 supaya kakak tak kalah dengan musuh utama kakak masa belajar, ngantuk. Kalau nak list semua apa yang mak kita buat memang tak mampu. So, terima kasih mama untuk segalanya. Ayah, pengorbanan ayah memang Ila tak mampu nak balas. Terima kasih ayah, jaga Ila dengan baik. Bersusah payah hantar Ila pergi kelas, tuisyen sampai kadang-kadang ayah langsung tak rehat. Terima kasih bagi sokongan bila Ila nak periksa. Belikan Ila buku, pastikan semua kelengkapan Ila cukup. Pernah ayah buatkan air masa Ila belajar. Bawak Ila pergi tempat yang Ila nak pergi masa stress blaja (kononnye stress). Periksa tak habis lagi dah mengarut nak pergi tasikla, pantaila.. Hehee.. Terima kasih sangat2 untuk semuanya. Kakak janji akan buat mama dengan ayah bangga :)


Cikgu-cikgu.
Berbillion terima kasih saya ucapkan kepada cikgu-cikgu saya. Time nak periksa dulu, saya seram tengok cikgu, sangat agresif dan komited semasa mengajar, berusaha sedaya upaya buat kami semua faham. Terima kasih Cikgu Salasiah, Cikgu Andy, Cikgu Razak, Cikgu Adam, Cikgu Misroh, Cikgu Norleha, Teacher Salwa, Cikgu Rodziah, Cikgu Saezah, Cikgu Lim, Cikgu Nurah, Teacher Raudzah, Ustaz Mesri, Cikgu Kamariah, Cikgu Norhasyiin.

Mama 5  Karisma 2013 dan 4SPM1 2012, Cikgu Salasiah a.k.a. Mama Sally, teriima kasih sangat-sangat. 2 tahun cikgu jadi guru kelas kami dengan sabar. Walaupun perangai kami mengarut, sentiasa ada yang tak kena, selalu buat hal, tapi cikgu bertahan jadi guru kelas kami sampai akhir tahun. Cikgu akan pastikan semua pelajar fokus semasa belajar Bio. Tak heran kalau ada pelajar 5 Karisma yang hanya fokus dalam kelas Bio dan hanya buat kerja rumah Bio.Hahah. Kalau tak faham, tanya je cikgu, Cikgu Salasiah akan terangkan sampai faham. Cikgu akan buat sesuatu yang rumit menjadi sangat simple! Terima kasih cikgu :)

 Cikgu Adam, cikgu Addmath. Semua pelajar 5 Karisma suka berlajar addmath dengan cikgu Adam walaupun exam fail. Hehee. Cikgu Adam merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi, cikgu dah start buat kelas tambahan sejak form 4 lagi! Saya rasa beruntung dapat jadi anak murid cikgu Adam. 

Cikgu Andy, sejak belajar kimia dengan cikgu, saya dah boleh fokus dalam kelas. Saya mula buat kerja rumah kimia sebab kalau tak buat.. Hehhe,, ada habuan menunggu. Sebab cikgu tegas, saya berubah rajin bila tiba subjek kimia dan mula minat kimia2 ni. Saya tak nak jadi pemalas macam unta dekat padang pasir. Terima kasih cikgu! Saya beruntung dapat jadi pelajar cikgu!

Cikgu Razak, nota-nota Fizik yang kami kena salin memang ringkas dan sangat membantu. Cikgu sabar sangat semasa mengajar kami. Maaf, saya selalu jugak berbual dalam makmal.. huhuu.. Cikgu banyak buat bengkel teknik menjawab sejak form 4 lagi. Terima kasih cikgu!

Cikgu Misroh, antara cikgu paling bersemangat pernah saya jumpa. Saya minta maaf, saya langsung tak belajar Prinsip Akaun masa form 4. Bila saya fikir balik saya rasa malu dengan cikgu. Apapun terima kasih, cikgu banyak bimbing saya untuk score balik subjek PA. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat buat. Terima kasih cikgu.

Cikgu Norleha, terima kasih atas bimbingan cikgu dalam subjek Bahasa Melayu. Cikgu cool sentiasa, tak pernah nampak cikgu marah. Cikgu banyak bimbing cara buat karangan, komsas. Daripada tak suka, lama-lama saya paling suka buat karangan. Terima kasih cikgu!

Teacher Salwa, seorang guru yang berdedikasi mengajar subjek Bahasa Inggeris. Yang paling best, Teacher seorang yang friendly. Jadi, kelas BI rileks dan santai je. Terima kasih cikgu :)

Cikgu Rodziah, terima kasih atas segala ilmu matematik yang cikgu turunkan. Cikgu Rodziah juga merangkap guru Pandu Puteri yang selalu bantu dan bagi sokongan kepada saya. Terima kasih cikgu! Maaf , saya tak dapat jalankan tanggungjawab saya dengan baik.  

Cikgu Saezah, seorang guru yang friendly dan santai mengajar subjek agama islam. Nak tanya apa pun, tanya la.. Cikgu seorang yang terbuka. Paling best cikgu selalu belanja, gula2, aiskrim, Lolipop! hehhe.. Terima kasih cikgu!

Cikgu Lim, guru muda yang mengajar subjek sejarah. Cikgu yang sangat komited dan berdedikasi. Seronok belajar sejarah dengan cikgu. Part yang best bila buat latihan~ Nota poket wajib buat! Nanti cikgu bagi pen yg ade glitters tu. Pastu time raya, siapa yang siap nota poket dapat duit raya~ Hewhew.. Terima kasih cikgu!



Seterusnya,, sekalung terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan, #Karimamak #CharismaCollaborationCrew. Korang memang terbaik! Tak tau Bio tanya Hariz, taktau Fizik dan matematik tanya Jia Ying, taktau PA tanya Fazlee, taktau Addmath tanya Akmal, taktau buat karangan tanya Mai, Syahnaz dan Farah Diana, taktau buat esei tanya Fieqa, taktau sejarah tanya Mira. Yang lain pun sama. Bincang same2, copy paste homework perkara biase, sorang salah semua salah. Hahha. Kelas riang ria warne warni kalah tadika. Hariz ketua 5 tahun berturut-turut. Azwa penolong merangkap Ahlong tolong zarith kutip duit. Lelaki 6 orang tapi bila bising kalah pasar. Perempuan 20 orang baik semuanya, gadis melayu terakhr belaka (err.. really?)  Hahhah.. Tengkiu so much!

Karimamakians: Hariz, Azwa, Palee, Judin, Amal, Hadi, Canazz, Ain, Wana, Ami, Ra-in, Fieqa, Amera, Fara D, Jia Ying, Diana, Piqa, Fatihah, Fatin, Lai, Zarith, Sexy, Ejah, Mai dan Yanie + me

Seloka 5 karisma, Teraju 2013. Hasil nukilan kawan kiteorg.

To besties, Wana, Ain, Ami, Ra-in dan fieqa, thanks for always be by my side. Ain, tengss for your shoulder, thanks for cheering up my day. Kalau dengan ain, semua bende jadi lawak pastu gelak tak tentu pasal. Suka main cubit pipi, pastu main pukul2. Tangan dia tak reti diam, tak sah satu hari tak pukul orang. Rindu nak pukul dia. Haha. Wana, always n forever cool orangnye. Muka slamber. Saya selalu buat lawak sampai dia ketawa. Puas bila dapat buat dia gelak. Wana ni mak saya kat sekolah, kalau barang saya hilang, mintak dia tolong carikan, insya Allah jumpe. Penyimpan rahsia yang baik tapi x best citer dengan wana sebab gempak cane pun citer kita, dia buat muka slamber . Hahha.. Papepun nak bgtau ape2 rahsia, bgtau je Wana. Insya Allah tak bocor. Lain pulak dengan fieqa, she is a good listener. Best friend laugh at your story when it is not so funny and cry when it is not so sad. Itulah Fieqa. Hehehh.. Fieqa dengan Ain kalau jumpa tak boleh berhenti ketawa, semua benda jadi kelakar. Lol. Amirah a.k.a Ami, selalu bawak bekal then dia akan suapkan kiteorang. Dialah mak time rehat. Mula-mula kenal nampak pendiam, tapi sebenarnya dia memang ting tong! Hahha. Btw, Fieqa dan Ami terer melukis anime. Nak nangis tengok dorang melukis T_T... Last but not least, Ra-in, kawan gaduh no satu. Kalau jumpe tak boleh tak gaduh, mesti nak cari pasal. Sume benda nak bertekak dengan dia. Tapi gaduh kiteorang tak kemana, lepas bertekak gelak sama2.

Terima kasih kepada cikgu tuisyen, Mr Ong (Fizik) dan Mr Billie (Prinsip Akaun). Selepas saya diwajibkan ambik subjek PA, mak saya hantar tuisyen kat tempat Mr Billie. Sejak belajar dengan Mr Billie, saya mula minat subjek ni. Mr Billie seorang akauntan dan beliau selalu cerita macam2 tentang dunia perakaunan, organisasi dalam syarikat, ACCA, sistem bursa saham Malaysia, AS, pasaran antarabangsa, banking, dan lain2. Start daripada sini saya mula minat dan Mr Billie ajar balik basic akaun (dia tau kite belajar main2 masa form 4), lepas tu baru okay sikit, boleh catch up apa yang cikgu Misroh ajar.Segala basic akaun sebenarnya Cikgu Misroh dah banyak kali bagitau, saya yang tak terbukak hati nak dengar. Degil betul mase tu. Nasib baik sempat taubat.. hehhe.

Lagi seorang yang bantu saya kuasai subjek PA, Jihad, sepupu saya. Pernah dia datang rumah, pastu suruh saya buat latihan PA selama 5 jam. Mak aii,, 5 jam tu.. berhenti setengah jam je untuk makan. Hahhah. Jihad jugak banyak turunkan buku2 nota dan latihan PA dia pada saya dan belikan buku rujukan. Tengkiu abang sedare!

Seorang lagi kawan yang banyak tolong saya, Syafik, bekas pelajar MRSM Terendak. Kalau balik cuti, dia akan ajar Fizik dan Kimia. Dia langsung tak kedekut, apa yang dia tau sume dia akan ajar dengan cara yang orang senang faham. Sesuai sangat jadi cikgu. Hahha. Melalui dia jugak, saya dapat tau rutin harian pelajar di asrama, setiap malam prep, lepas tu stay up, study group. Haish... Tak boleh jadi ni.. Dorang asyik study je, saya taknak kalah. Saya pun nak stay up jugak. Sorang2 pun jadik la. Hahha. Selain tu, dia jugak banyak share hint SPM (erk.. yang ni tak berapa bagus.. haha). Trimas kawan!

Selain daripada Jihad, sepupu saya yang really inspired me, Insyirah. Bekas pelajar MRSM Besut. Ni citer 2012, dia balik cuti dan kami berjumpa. Masa tu, saya lemah sangat subjek kimia jadi saya mintak tolong dia ajar Kimia bab 6. Cara dia terangkan memang pehh.. Seram eden tengok. Masa tu saya tak faham satu pun tapi dia boleh terangkan dengan penuh yakin, dia memang betul2 faham bab tu, ini menyahcaskan ini, kedudukan ini dan ini berbeza dalam siri elektrokimia.. bla.. bla.. bla.. Apa yang dia ajar malam tu saya tak dapat tangkap sangat.. Tapi disebabkan dia, saya tersedar yang saya memang banyak sangat main masa belajar, langsung tak fokus. Banyak sangat perkara simple dan basic yang saya tak tau. Sejak tu saya try to improve myself.

Dan, tak lupa juga kepada adik2 saya, Irfan, Iwan, Arina dan Aliff my baby besar. tengkiu adik2 kerana memberikan kerjasama yang baik.. ececeh. hahaha.


And lastly, tengkiu kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak lansung! I love U  ^_^
Have a nice day!

Tiada ulasan: