Ahad, 22 Februari 2015

First Chapter

Assalamualaikum! "Ila, nanti dah sampai sana tu jangan lupa update blog. Seminggu satu pun ok. Jangan biarkan kosong"

Ok ayah. Ila tengah update ni~ Ayah dengan mama tengah baca ke? Hai ayah! Hai mama! (Sambil lambai tangan). Mama dengan ayah rindu kakak ke? Hehe^^

Hai!!

Alhamdulillah 5 hari yg lalu saya selamat sampai di Korea. Terima lasih kepada semua yg mendoakan saya.

Daripada 19 hingga 21 Februari, kiteorang ada orientasi. Orientasi ni best, senior2 buat kiteorang lebih rapat, hormat dan lebih menghargai antara satu sama lain. Tengs semua senior yang terlibat dengan orientasi, ppmk dan semua-semua-semua la~

Ada satu hari tu saya pening kepala dan tak dapat nak ikut orientasi. Time tu ada akak2 jaga, bagi makan ubat, belikan makanan. Tengs banyak2 Kak Hani, Kak Azeera, Kak
 Aqilah dan Kak Fozi.

Lepas tamat orientasi, jeng jeng jeng.... kiteorang pergi jalan2^^. Pagi2 pergi itaweon, ada akak buat makan2. Lepastu Kak Azyan dan Kak ain bawak kiteorang pergi myeongdong dan N Seoul Tower.

Myeongdong ni macam syurga shopping, barang2 branded ada jual kat sini.

Gula2 kapas~~~



Strawberry ni je yang mampu ku beli. Sedap sebab dia besar. 


 Naik bas daripada myeongdong sampai ke namsan tower. Lepastu kene jalan lagi sikit. Tapi tak sikit sebab dia berbukit jadi macam kene jalan banyak. Padahal memang sikit rasanya. Entah la T_T














Have a nice day!

8 ulasan:

Mat Som berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mat Som berkata...

Tkasih
Anakanda
Ayah dah tgok entry ni 5 kali

Akhirnya impian menjadi kenyataan
Ili benar2 berada di bumi Korea skrg

Semoga Allah sentiasa menjaga kamu
Usah bimbang, di mana-mana pun bumi Allah yg Ili pijak

Fara Izzati berkata...

waahh.ili,bestnya.impian sudah menjadi kenyataan.tahniah ili,sudah selangkah ke hadapan..semoga terus maju dan berjaya di sana..jangan lupa ole-ole untuk kita :) take care :D

Mama Miraki berkata...

Selamat menuntut ilmu dinegara orang Ili...wahh seronoknya aunty tgk.... best kan..

IliNabilah berkata...

ayah: terima kasih ayah~ doakan ila

Fara: Fara, lama tak jumpa~ insyallah.. Fara pun gud luck taw^^

Mama Miraki: Terima kasih aunty. buat masa ni best~

Kayu Manis berkata...

Semoga ili menjadi kebggaan ayah ibu...

arif othman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Marfi'ah Sodono berkata...

Alhamdulilah.. Moga Allah permudahkan segala urusan Ila kat sana..
Tengok news feed FB, ayah share blog Ila ni...jarang sgt layari blog2 :)