Rabu, 25 Mac 2015

Tibanya musim bunga~

Assalamualaikum! Spring is coming~
Pejam celik dah sebulan lebih saya berjauhan daripada keluarga. Rindu rumah~

Alhamdulillah sikit2 dapat sesuaikan diri dengan keadaan kat sini. Cuaca yang sejuk dah bertukar ke suam2 kuku, tapi masih terdapat lagi sisa2 kesejukkan disitu. Hehehe. Musim bunga, cepat la datang.

Tiap2 hari menyeru musim bunga macam la musim bunga tu seorang manusia yang mempunya kuasa superhero+perdekar seperti batman+hang tuah yang mampu muncul dengan sekelip mata, "ye, hamba ialah  musim bunga. Apa yang boleh hamba bantu? Nak hamba mandikan tuan hamba dengan berjuta jenis bunga yang harum semerbak sehingga baunya mampu melangkaui 7 lapisan langit dunia?" "Tak perlu, cukuplah sekadar melamar Putera Gunung Ledang untuk saya"."Tapi tuan hamba berasal daripada Johor, bukan Melaka. Apatah lagi berketurunan Sultan Melaka". Ok Panglima 'musim bunga' tiba2 racist. Begitulah dialog yang berlaku antara kami di Forever21-Fairytale Kingdom.

Dan, minggu ni musim bunga pun bermula. Yay~ Semoga lepas ni saya lebih semangat nak pergi kelas sebab tak sabar nak tengok bunga. Cepatla kembang mekar berseri wahai bunga sekalian secepat dan selaju orang korea berjalan~ Nanti tiap2 hari I selca dengan u guys okay. Hihikss

Antara bunga terawal mekar kat SNU.


Kejakunan.


View dalam SNU (Seoul National University) on the way balik rumah, Sumpah lawa sebab dikelilingi gunung-ganang yang comel2 tu kan, tapi kan nak jalan pergi kelas pun best, macam pergi mendaki gunung pastu semput bila tiba kelas sampai rasa nak minum air 7 telaga. Ok menipu menipu. Awal2 memang penat, tapi lama2 jadi sado pastu keluar six pack pastu ok dah. Ok menipu lagi.


My roomate and I.~



Dongdaemun
   Perjalanan ke Dongdaemun ni special sikit sebab ni la first time saya rancang perjalanan sendiri. Sebelum ni jalan ramai2 dan saya follow je, orang naik train saya naik, orang tukar train saya pun tukar, orang naik turun bas saya ikut je. Dan bila first time jalan sendiri dengan dua orang kawan, Fina dan Ila, macam2 yang berlaku sampaikan akhirnya kiteorang berjalan lebih 10 ribu langkah haritu disebabkan kami terturun bas di tempat yang salah. Mungkin sambil menyelam minum air, sambil sesat sambil kita bersenam menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia, berjalan 10000 langkah sehari.

Katak warna warni. Jakun sebab first time jumpa katak yg macam gula2 ni (eiuww disitu) tapi siyes comel.. kot.. Agaknya macam mana kalau dia besar? 
Nak yang kaler biru sebab dia royal blood lepastu nak bebaskan dia daripada sumpahan then dia berubah menjadi seorang putera raja yang kacak dan berkarisma.  Ada siapa2 nak order? 

Antara tujuan utama kiteorang bertiga keluar haritu sebab nak betulkan gelang Fina. Mula2 plan nak betulkan kat Namdaemun Market tapi disebabkan tak jumpa pun Namdaemun Market kat mana sebab kurang teliti baca peta lepastu tak tanya senior, dan akhirnya hasil daripada temuramah khas penduduk setempat di pinggiran jalan kiteorang tuka plan ke Jongno 3-ga Subway Station, dan yeah! jumpa pun kedai yang boleh betulkan gelang dengan harga yang berpatutan.

Taken at Dongdaemun yang ramai orang.

Itaewon
Next kitaorang bertiga pergi itaewon sebab nak beli daging halal. Dah alang2 kat itaewon kitaorang pun ambik peluang untuk tunaikan solat kat masjid Itaewon. 



That's all for now~

Have a nice day!

Tiada ulasan: