Isnin, 29 Jun 2015

Coret Coret Kehidupan di Bumi Kimchi

Assalamualaikum! Hai.Sampai saat ni dah lebih 4 bulan saya berada di bumi kimchi. Sepanjang tempoh 4 bulan macam-macam perkara berlaku, pahit manis, tapi alhamdulillah dengan adanya kawan-kawan senior dan cikgu yang banyak sangat membantu semua berjalan lancar.

First time datang sini dulu memang awkward. Walaupun dah belajar bahasa korea 9 bulan kat intec, tapi bila dengar secara langsung diaorang cakap macam blur blur jugak. Ingat lagi, first time shopping kat Daiso, penjaga kaunter tu tanya nak plastik ke tak sebab ada kedai yg akan kenakan bayaran kalau nak plastik. Cas yang dikenakan adalah sebanyak 20Won. Tapi time tu saya tak dapat tangkap apa yang diaorang cakap. Dan biasanya kalau terjadi situasi macam ni, jawab je "nae" bermaksud "ye". Okey settle masalah. Haha. Banyak jugak terjadi benda2 macam ni. Tapi kesalahan mungkin menjadi pengajar terbaik.

First time datang sini agak terkejut sebab orang Korea ni jalan laju. Laju sangat. Nak dibandingkan dengan kebanyakan kita yang jalan2-makan-angin-berlenggang-pergi-pasar-style ni memang agak berbeza. Makcik pakcik pun amboi laju. Lagi satu makcik pakcik korea ni kuat. Kalau pegi mendaki akan jumpa ramai makcik pakcik yg atas bukit ke gunung tu. Kalau gunung pun dorang steady lagikan jalan rata. No hal. Malu jugak bila jalan tiba2 makcik umur 60 lebih potong. Malu malu.

Lagi, mula-mula terkejut jugak bila dapat tau orang korea tak berapa peramah. Diaorang kurang senyum, langgar pun tak mintak maaf. Mula-mula rasa macam' ish, kenapa tak macam dalam drama' haha. Tapi minggu lepas kami dapat tugasan buat speech dan dalam speech tu saya bagitau tentang budaya mintak maaf ni. Time tu cikgu saya bagitau sebenarnya sebab orang Korea ni tak berapa peramah, langgar pun tak mintak maaf sebab diaorang pemalu sangat. Pemaluu sangatttt. Boleh imagine? Sesama diaorang, kalau strangers pun biasanya jarang bertegur. Tapi kalau dah kenal, insyallah diaorang baik. Baik sangat. Macam sonsaengnim (cikgu). Cuma bila dengan strangers diorang sangat pemalu.

Nak cerita lagi satu tentang lelaki korea. Saya tak ada pengalaman lagi berkawan dengan orang korea tapi apa yang saya dengar daripada cikgu dan senior, lelaki korea ni sweet. Berita baik untuk gegirls. Diaorang caring, macam dalam drama tu mungkin. Ahakss~ Dan kalau jalan kat mana2 ke, buat masa ni saya tak penah nampak diorang ‘pewwit pewwit’ perempuan yang lalu, atau kacau2 ke.. Which is rasa selamat. Adakah ini juga disebabkan oleh sifat malu? Hehee.. Kalau nak pergi kedai runcit ke, kedai takoyaki ke nak bungkus pizza ke, tempat yang dekat2 tak risau walaupun keluar sorang. Tapi walau apapun, better berkawan~


Apa yang buat saya rasa bersyukur duduk dekat sini sebab yang pertama dapat rasa culture negara lain, makanan dia sedap walaupun banyak yang tak boleh makan, tapi apa yang boleh makan tu memang sedap. Tapi saya tetap rindu makanan mesia, sobs. Dan seterusnya sebab pengangkutan dia selesa. Nak pergi mana2 pun senang, naik bas train boleh sampai. Banyak tempat boleh lawat, rajin tak rajin je nak keluar rumah. Dan, sistem pengangkutan dia pun 'jempol'. 

WAKTU BELAJAR
Uish, perit sebenarnya bila cerita tentang belajar ni. Tapi diringkaskan, saya start kelas pukul 9. Lepastu ada rehat daripada pukul 1-2. Dan seterusnya kelas petang diteruskan sampai pukul 5 petang (bermula level 4). Waktu pagi daripada pukul 9-1 tengah hari kami belajar Korean Languange dan pada waktu petang kami belajar subjek sains iaitu Kimia, Fizik, Matematik 1 dan Matematik 2. 1 Hari belajar satu subjek sain, Hari jumaat kelas bermula pada jam 8 hingga jam12 tengah hari. Tiap2 hari akan ada test. Ni yang seksa sikit. Huhu.. Lebih kurang test menghafal dialog. Dan akan ada test vocab. Inilah makanan ruji kitaorang. Memang awesome.

WAKTU LAPANG
Setiap kali habis satu level akan ada cuti seminggu. Dan sekarang ni saya tengah cuti level 4. Tapi disebabkan puasa dan musim panas kitaorang duduk diam2 kat rumah. Dan ada juga yang menghadiri kelas tambahan. Tapi biasanya kalau cuti level, atau sabtu ahad kitaorang jalan2. Siapa yang suka shooping pergi shopping, yang suka makan pergi makan, yang pilih untuk rehat kat rumah je pun ada. Lain orang lain. 

Dan waktu malam pulak, kalau free, kalau badan rasa banyak tenaga nak pergi main, ada antara kitaorang yang main kat tempat yang kitaorang panggil longkang. Tempat tu macam parit/ sungai kecik tapi air dia air longkang yang jernih rasanya. Kat sebelah longkang tu ada gelanggang bola keranjang, badminton. Jadi malam minggu ada jugak yang main kat situ. Tapi kalau perempuan ni biasanya kalau ada masa lapang kitaorang lebih pilih untuk tengok drama ke, apa ke. Tapi ni tak bermaksud kitaorang berfoya-foya setiap masa. 'Hujung minggu jalan, waktu malam main, bila belajarnya eh budak2 ni'. Diaorang ni time belajar, belajar. Time main, main. Cenggitu. 


BULAN RAMADHAN
Sambut ramadhan bukan kat Malaysia agak lain. Tak ada bazar, orang lain pun tak puasa. Heeehee.. Apa yang batch saya buat kat sini, setiap malam kami akan sembahyang isyak dan terawih bersama di rooftop. Dan kalau cuti akan ada moreh. Yay! Berpuasa selama 17 jam alhamdulillah okay. Lebih kurang macam kat mesia. Kalau nak meriah mungkin boleh pergi Itaewon. Saya pun belum berkesempatan lagi berbuka puasa di Itaewon. Kesimpulannya, selain daripada susah nak bangun sahur pukul 2 pagi, yang lain okay. Hehee

Sampai disini sahaja buat masa ni. Haritu nak update cerita kat Jeju tapi disebabkan MERS lawatan ke Jeju ditangguhkan. Sedih sekejap. Hehe. 

Selamat Menyambut Ramadhan! 

Have a nice day!

5 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Personality dorang
mmg mcm tu ek Ila. Ala2 sweet..
Moga Ila terus happy di perantauan.

Mat Som berkata...

Tkasih anakanda kerana telah bercerita agak pjg kali ini
Ayah bagi 4 bintang

Marfi'ah Sodono berkata...

Best best... T cerita lagi ea.. Acik follow :)

IliNabilah berkata...

Marfi'ah Sodono
Terima kasih Cik ~

IliNabilah berkata...

Miss Mirror, aah cik. comel je. Hehe. Cik pun, selamat beraya di perantauan~

Mat Som, ehee.. Terima kasih ayah! berbintang-bintang~