Selasa, 14 Julai 2015

Persiapan Raya di Seoul

Assalamualaikum!  3 hari lagi nak Raya.  Berada di perantauan bukan penghalang untuk seorang Ili Nabilah beraya. Kalau kat rumah dulu dah tak boleh duduk diam sekarang ni sebab excited. Kalau boleh tiap2 hari nak ajak mama pergi expo Raya kat pekan Parit Sulong tu. Walaupun sibuk menjalankan tugas sebagai seorang tukang jahit, mama layankan jugak. Macam tu jugak ayah. Nasib anak tukang jahit kadang2 agak sedih sebab mak buatkan baju orang, tapi ada masanya baju anak sendiri beli siap pada 2malam sebelum raya. Haha. Tapi walau macam manapun biasanya baju kitaorang adik beradik akan siap jugak by hook or by crook.

Buktinya, anaknya yang berada di perantauan ni pun mama buatkan baju dan pos ^_^. Terima kasih mama~ hehe. Lebih kurang harI ke-4 berpuasa, barang yang ayah dan mama  pos sampai kat sini. Antara barang yg dihantar ialah baju Raya, kuih raya, paket segera rendang, dan beberapa ketul beras nasi empit. Kuih raya tu pulak kuih tart blueberry cheese, my pebret. Tiap2 makan sebiji sebiji. Hehe. Harap2 masih ada waktu raya nanti.

Untuk menimbulkan sikit suasana raya, petang tadi saya dah gosok baju untuk dipakai pada hari terakhir ramadhan, raya pertama dan raya kedua. Pada hari terakhir ramadhan akan ada Majlis Iftar di Embassy, begitu juga pada hari raya kedua. Hari raya pertama raya sendiri kat Seorim Dong ni.

Sambil gosok baju sambil sambil dengar lagu Cinta Untuk Nabilah sebab ada orang kata dia ingat saya bila dengar lagu tu. Haha. Tak ada orang boleh lawan ke'sweet'an mama dan ayah. Tapi bila dengar lagu tu kat sini sedih pulak. Huhu...

Well, I am my mom and dad's princess. Hihiksss~ 


Kembali kepada cerita baju raya.... Ironing, done

Baju pink, kiri ialah baju yang mama baru hantar. Terharu... 

Satu-satunya barang yang saya beli kat sini untuk Raya. Murah je.

Ada kawan2 yang shopping kasut Raya, tapi saya akan sarung sport shoes! Hidup sport shoes! Hehe. Nak berhigh heels mungkin kene tunggu balik Malaysia. Jalan kat sini penuh ranjau maka mahu tidak mahu sport shoes harus menjadi pilihan. Sebenarnya saya rindu teramat dengan flat shoes yg comel kat rumah. Uhuk..

Iftar di Masjid Itaewon.
Masjid ni merupakan satu-satunya masjid yang berada di Seoul. Setiap hari akan diakan Iftar bersama dan sambutan amat menggalakkan. Ramai muslimin dan muslimat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang negara yang berbeza hadir. Berbuka puasa bersama mereka merukan suatu pengalaman yang amat bermakna buat saya. Berbeza bahasa, budaya dan warna kulit tapi mempunyai pegangan dan tujuan hidup yang sama.


 Suasana berbuka puasa di bahagian lelaki.

 Saya pergi bersama kawan saya,Fina.
Dan yang pakai baju purple tu merupakan seorang gadis dari Indonesia dan yang terlindung di belakang gadis tersebut ialah seorang mahasiswi daripada Universiti Malaya, akak Fariza. Saya sempat berbual bersama kak Fariza, dan rupanya Kak Fariza sedang menjalani internship di sini selama 2 bulan. Dan selepas Raya nanti Kak Fariza akan kembali semula ke Malaysia. Akak, saya nak ikut!

 Juadah ringkas sebelum melakukan solat Maghrib. Selepas solat Maghrib berjemaah, kami dihidangkan dengan nasi beriani. Excited sangat makan sampai tak ingat nak ambik gambar.

Keadaan di tempat solat wanita.

Coretan kali ini tertanguh sampai disini. Raya pun raya tapi  ramadhan yang tinggal 2 hari ni jangan kita lupakan, teruskan beribadah. Sehingga bersua lagi. Assalamualaikum... 


Have a nice day!

2 ulasan:

Mat Som berkata...

Selamat menjalani ibadah puasa yg ke 29 esok. Dan seterusnya Selamat Hari Raya...utk esoknya pula...wah meriah meriah

Untuk entri ini ayahanda bagi 5 Star!

IliNabilah berkata...

selamat hari raya ayah. Akhirnya... 5 bintang. Hihi.. Ada hadiah?