Jumaat, 10 Julai 2015

Ramadhan Summer

Assalamualaikum! Assalamualaikum. Kini kita berada dalam fasa terakhir Ramadhan. Salinglah kita mengingati antara satu sama lain untuk meningkatkan amalan sebelum Ramadhan berakhir. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua, in shaa Allah....

Pengalaman saya berpuasa pada kali ini, perkara yang jauh berbeza daripada puasa2 sebelumnya ialah waktu sahur yang awal. Waktu subuh di kota metropolitan Seoul adalah Pada lebih kurang jam 3 setengah pagi.

Untuk bangun pada jam 2-3 pagi, bukan sesuatu yang mudah sebab saya jenis tidur mati, jam loceng berdentam dentum pun gegendang telinga tak nak bergetar lalu menghantar isyarat kepada otak. Mungkin otak tertunggu isyarat tu. Mungkin.

Untuk atasi masalah ni penyelesaian termudah yang saya ambik ialah -sahur awal. Dalam pukul 12 sebelum tidur, saya akan makan.Lepas makan baru tidur. Tapi buat macam ni pun berisiko nak bangun subuh. Waktu subuh berakhir sebelum jam 5 setengah. Karang bangun2 matahari dah terpacak, menggelabah sorang2. Huhu

Penyelesaian terbaik, tidur dulu selepas solat terawih. Solat terawih habis sebelum pukul 11. Balik bilik terus tidur, lepastu mintak roomate kejutkan balik dalam lebih kurang pukul 12 lebih. Lepastu berjaga sampai pukul 3 setengah dan solat subuh. Lepas subuh tidur balik. Memang tak baik tidur selepas subuh, tapi dah tak ada pilihan lain. T_T

Time sahur2 ni mula la ingat mama. Kalau dulu sahur makan berat mama masak, sekenyang-kenyangnya makan. Dengan tersengguk-sengguk mama paksa jugak makan. Hehee.. Sekarang sahur makan simple2 je. Tu pun kadang2 perut masih kenyang dengan makanan berbuka. Tapi alhamdulillah mampu je bertahan. Berat badan saya kat sini pun lebih berat berbanding dengan sewaktu berpuasa di Malaysia, lebih kurang bertambah 5kg. Untuk Ili Nabilah yang mengalami kekurangan berat, jumlah tersebut adalah sesuatu pencapaian yang amat membanggakan. Haha.

Harini cuaca dah mula panas. Suhu sekarang ialah 34°c. Mana lagi panas, Malaysia ke Korea? Haa. Complicated. Tapi nasib baik langit berawan, kurang sikit kepanasan tu.


Ini pula gambar yang saya ambil drpd rooftop.


Seminggu lagi nak Raya. Alhamdulillah hati sado. Anak manja mama besar dah sekarang. Haha. Tipu kalau kata tak ada rasa nak balik. Tapi ok je rasanya sekali sekala raya kat tempat orang. Dan kat sini tak ada iklan raya yang saiko, bila tengok je iklan tu, 'jom! Kita Balik kampung masak dodol rendang ketupat eh rendang jangan lupa, ada rendang tak ada kuah lodeh dan sambal kacang mana lengkap kuih raya beratus-ratus penuh meja dengan balang mintak mak kuih sepotong saya mahu makan kenyang perut kosong. Kacau dodol betul2 ye lepas tu jadi pengacau raya untuk selama-lamanya. Eh duit raya jangan lupa'. Huishh.. Kalau kat sini ada iklan macam tu, bengkak mata, tangisan yang tidak berkesudahan, mengenang nasib diri diperantauan. Eh macam lirik lagu raya lagi. Jadi, begitulah. Apa yang saya cuba sampaikan, kat sini tak ada suasana raya macam tu. Bukan bermaksud saya sedih bila tak ada semua tu, tapi saya bersyukur sebab tak terkenang nak beraya kat kampung sangat. Hehe.. 

Apa pun, sedikit persiapan raya telah saya buat. Jeng Jeng Jeng!! Baju raya settle, kuih raya (3 balang campur roomate punya) settle. Cukup rasanya dengan adanya 2 elemen penting ni untuk beraya. 

Oh ya, dan ada lagi satu, bunga api! 
Excited hakak cari benda ni semalam. Harap warga mereka tidak akan memandang aneh apabila kami bermain benda ni.

Sebelum menutup tirai, mama ayah jangan sedih2 bila kakak tak balik raya sebab kakak seronok beraya dengan kawan2 kat sini. Kitaorang dah plan nak masak2 juadah raya. Embassy pun akan adakan majlis nanti. Ila tak tau jiwa keibuan dan kepabaan tu macam mana, tapi ila harap mama ayah dan adik2 happy2 je sambut raya~

Sampai di sini sahaja coretan hamba. Hamba mohon mengundur diri.



Have a nice day!

2 ulasan:

Mat Som berkata...

Ya lah, Nabilah kelihatan semakin besar.
Ketupat dan rendang yg dipos tu.dah dimasak ke belum?
Selamat bersahur dgn sempurna

IliNabilah berkata...

belum, ila simpan untuk raya, raya nanti ila masak~
hehe.. okee, ayah ila cuba~