Rabu, 26 Ogos 2015

Birthday night

Assalamualaikum! Hai. Saya genap 19 tahun dah. Tahun last menjalani hidup dalam umur belasan. Tiba2 rasa takut nak jadi dewasa. Sebenarnya bukan tiba2 sangat, ada lebih kurang dalam sebulan ni risau tak berkesudahan. Kadang2 rasa macam 'Ili, stop la fikir pasal ni. Lebih baik fikir malam ni nak masak apa, balik sekolah nak naik apa, bila nak basuh baju, bila nak buat kerja, bila nak tengok drama, bila nak buang sampah,jadi imam maghrib nanti nak baca surah apa, esok nak pakai tudung apa . Banyak lagi benda boleh fikir. Kerja pun banyak lagi tak siap dalam beg. Nak hafal vocab lagi'. Huh'. Seakan sesi membebel yang tiada kesudahan dalam kepala. Sampai mana tadi. Ha, Jadi dewasa. Gerun la dewasa2 ni. T_T.

 Malam ni, malam 27 ogos, tarikh  budak yang bernama Ili Nabilah tunggu setiap tahun sebab dia nak sambut birthday dia. Yay! Walaupun umur dia meningkat, tapi keterujaan dia tak pernah berkurang. Ingat lagi dalam 3-4 tahun lepas pada malam 27 Ogos, family dia semua dah tidur tapi dia berjaga dalam bilik sorang2 sebab nak countdown birthday sendiri, tepat pukul 12malam dia nyanyi lagu happy birthday untuk round pertama. Tak cukup sekali, dia nak nyanyi untuk round kedua, tapi tengah2 nyanyi dia terdengar suara pelik dari luar bilik seakan2 ikut dia nyanyi. Tapi semua family dia dah tidur. Siapa yang ikut nyanyi? Mishhhteghiii. Sejak hari tu, dia tak akan nyanyi lagu birthday sorang2 waktu malam. Dan pengajarannya, tak kira malam tu malam birthday ke tak birhtday ke, ada exam ke, sebelum tidur jangan nyanyi lagu happy birhday tapi bacalah doa. Itulah kisahnya. Harap semua dapat ambil pengajaran daripada kisah Si Ili Nabilah ni.

Untuk birthday kali ni family sambut awal sebab barang yang mama dan ayah post sampai awal. 25haribulan, 9 malam, webcame dengan family dan ayah bagitau yang barang yang ayah post mungkin dah sampai sebab bila ayah tracked, status barang tu 'delivered'. Saya pun, 'OK mama, kira Sampai 20. jangan tutup video. kakak lari kejap pergi tengok'. Kalau ada barang2 Sampai, barang tersebut akan dihantar ke rumah tuan punya bangunna rumah yang saya duduk sekarang. Dan, jengjeng. Sampai dah pun. Cepat, tak sampai 3 hari pun ayah pos. Time tu jugak bukak sambil family nyanyi lagu birthday. Sikit je lagi nak nangis. Terharu. Tak sangka akan sambut birthday melalui webcam macam ni.


Hadiah daripada mama. Ada satu hari tu. tengah webcam dengan mama tiba2 earphone sebelah kiri je dengar. Bagitau mama yang earphone sebelah rosak, in case saya dengar tak clear boleh la mama tau sebab apa. Itu sebenarnya tujuan utama. Tapi beberapa hari lepas tu mama tanya, "kakak dah beli earphone baru?". "Belum, haritu kakak ada tengok2 tapi tak tau nak beli yang mana. Jadi tak beli lagi". Lepastu mama balas"Bagusla. Jangan la beli".  I smelled something lepastu terkantoi time tu yang mama akan bagi earphone. Lepas tu dapat sekali keychain Nabila. Keychain ni typo sikit sebab nama saya Nabilah. "Mama, tapi nama kakak ada H". Mama kata "takpe hilangkan kejap H tu". Okey mama~

Daripada ayah. Keychain Malaysia. Baik ayah, ila tak akan lupakan tanah air. Dan dompet. Dompet yang nampak dewasa? Dewasa? (takut nak dewasa) Kalau ayah masih ingat, birthday ila sebelum ni pun ayah ada bagi dompet dan dompet2 tu ila harap masih selamat dalam laci dan kalau aliff dan arina tak ambik lepastu main pondok2.  Sebab tu ila ada bagi warning dekat adik2 fasal laci paling atas tu. Hehe.
Daripada Irfan. Suruh kakak dia makan sambil tengok wayang katanya. Kakak memang rindu benda ni. Wayang? Mungkin kakak tunggu Percy Jackson atau Hunger Game: The Mocking Jay: part 2 keluar. Tapi mungkin kakak akan makan ni sambil tengok running man, atau sambil tak tengok apa2, makan sebab kelaparan,
Daripada Iwan. Bende ni rendam beberapa hari dalam air dan bende ni akan membesar. Pukul 12 malam tadi kakak dah rendam dia dalam air.
Daripada Arina. I love kakak. Nak bodek kakak ae? Tapi kakak akan tetap join the gang kacau Arina. Haha. Dalam buku tu Arina ada tulis something yang sweet. Nak nangis dik kakak baca. Terima kasih banyak. Comel lukisan tu.
Alip alip. Ni daripada alip. Lukisan yang berharga. Hihikks. Limited edition. Sayang alip jugak!

Ni pulak hadiah daripada roomate saya, Aina. Malam2 lepas keluar daripada toilet ( sebab masukkan ikan pari yang iwan bagi tu dan rendam dalam baldi) keluar2 je, "ili nah! Happy Birthday!". ayayaiii. Cekelat. Terus snap. lepas tu terus makan! Pukul 12 malam. Makan. Sorry bad habit.Tengss Aina.

Tengs jugak kat Caca sebab hantar video khas pukul 12 malam waktu korea. Akak terharu. Good Luck untuk exam ye Caca.

Sejak datang sini tak pernah pergi pantai. Ayah mama adik2 je tau macam mana saya suka pantai. Huwarghh. Rindu pantai sangat2. Dan kebetulan 27 Ogos pagi ada rombongan ke Gyongju dan kitaorang semua kan pergi pantai. Yehaaa!! Pantai. Pantai. *bersorak* Kebetulan apakah ini?! mungkin pantai ialah jodoh saya. Sekian.
Have a nice day!

Tiada ulasan: