Khamis, 13 Ogos 2015

Summer Picnic- Gwannak Mountain

Assalamualaikum! Hai. Anyeong!
Sekarang kat sini tengah summer break. Antara aktiviti utama riadah warga disini pada musim panas tentunya bermain  air~ Pantai, taman tema air, air terjun menjadi tumpuan ramai kerana pada musim ni  sahaja mereka dapat main, berenang, menyelam, berendam sepuasnya dalam air. Pada musim bunga, luruh dan sejuk pastinya mereka akan duduk dirumah dan meratapi kesejukkan yang menyelubungi. Eh tak, main2. Hee. Sebabnya ialah selain musim panas air akan jadi sejuk teramat dan akan membeku pada musim sejuk pastinya. Jadi, waktu summer je boleh main air T_T

Berbanding dengan Malaysia yang panas sepanjang tahun, tak kesah nak pergi main air pada bila2 masa tanpa perlu risau air yang akan membeku atau sebagainya, cuma perlu risaukan cuaca hujan atau tidak. Tapi berbeza dengan warga di negara 4 musim, mereka akan serbu tempat2 ni beramai-ramai pada musim panas sebab pada waktu ni je mereka boleh main air. Jadi tempat2 sebegini akan selalu penuh dan sesak waktu summer.

Dan, kami juga tidak ketinggalan untuk sama2 merasai kemeriahan cuti summer walaupun.. uhukss.. kami tak cuti. Jadi kami ambil peluang pada hari sabtu ahad untuk keluar bermain. Dan pada hari Sabtu lepas kami telah berkhelah di Gwannak Mountain! Yeah! Erm, sebenarnya Air Terjun Gwannak ni dekat sangat dengan rumah. Jalan kaki 15 minit sampai dekat pintu masuk Gwannak Mountain. Huhu. Walaupun sebelah rumah, tempat ni not bad. Bahkan best~(mungkin best untuk orang yang mudah terhibur. Haha)

Yeah, Here we go! 
A short escape from hustle and bustle life with my favorite girlss~ 
And I'm wearing baju Karimamak (5 Karisma spm13).

Khemah Aina beli online di G-Market~ First time khemah ni digunakan dengan rasminya. Merupakan khemah jenis 'pop up tent', nak bukak senang tapi hanya seorang sahaja daripada kami tahu cara untuk tutup balik khemah ni, Ila (Fadzilah). Kalau Ila tak ikut mungkin khemah tak akan pernah dibuka sebab tak ada orang yang pandai tutup balik. Atau mungkin kami akan junjung khemah balik rumah. Junjung. Atau..... berbagai kemungkinan lain. Hahaha~








Orang Korea yang ramai datang sejak awal pagi. Disebabkan kawasan ni ramai orang kami pilih untuk mendaki sedikit ke atas, dan nasib baik jumpa tempat yang agak lengang.

Makcik pakcik baru turun mendaki. Yang bestnya bila jumpa makcik pakcik ni biasanya bila nampak kitaorang yang bertudung mereka akan kata, "예쁘다! 예쁘다!" yang bermaksud "cantik!cantik!". Masing2 kembang je. Haha. Tapi sebenarnya apa yang saya dapat tahu daripada 선생님(cikgu) ini merupakan budaya orang Seoul, mereka suka memuji antara satu sama lain. Dan nasihat cikgu saya, bila ada orang2 puji, just simply balas terima kasih dan jangan fikir mendalam sangat. Apa yang dimaksudkan dengan fikir mendalam? Meh saya cerita sikit..

Cikgu saya berasal daripada daerah Busan. Di Busan budaya mereka agak berlainan daripada di Seoul. Dan waktu mula2 cikgu saya bergaul dengan lelaki Seoul beliau agak terkejut kerana lelaki tersebut selalu bagi pujian setiap kali berjumpa. Pada mulanya cikgu saya terfikir jugak, 'eh kenapa dia asyik puji, ada apa2 ke' lebih kurang macam tu cikgu saya fikir. Tapi lepastu dia dapat tahu yang memang budaya orang Seoul untuk saling memuji antara satu sama lain. Tiada maksud mendalam.  Benda puji memuji ni macam satu habit mereka. Ha.. Macam tu. 'Eh, cantiknya awak harini', 'baju ni sepadan sangat dengan awak', 'lawanya, mak aihhh' dan 'wah, style la rambut' antara contoh ayat puji-pujian yang sering digunakan antara satu sama lain. Mungkin budaya ni boleh dipraktikkan di Malaysia. Setiap kali berjumpa kita akan sebarkan mood dan aura positive kepada orang lain.

Btw, terima kasih Makcik Pakcik 등산(mendaki gunung) yang baik hati~ Oppa bila nak puji? .
Boleh jadi mereka memuji kerana budaya menutup aurat. Kerana kebanyakan ibu bapa (lebih-lebih lagi orang yang berumur) tidak suka melihat anak mereka memakai pakaian yang terdedah seperti skirt pendek.


Tempat ni betul-betul sebelah Seoul National Universiti, tempat yang masih kami panggil sekolah. Disinilah tempat kami belajar bahasa sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Kawan2 kat Malaysia dah nak masuk U, diri ini masih terkapai-kapai. Sobss..

See you soon. Assalamualaikum~

Have a nice day!

2 ulasan:

AHMAD SOLIHIN ABU BAKAR berkata...

nak tanye, mmg bhs Korea ujung dia "mida mida" ea

IliNabilah berkata...

AHMAD SOLIHIN: yup, bahasa formal sebagai contoh sewaktu urusan di pejabat atau sewaktu bagi speech, setiap ayat akan diakhiri dengan 'mida' untuk ayat penyata dan 'imnikka' untuk ayat tanya.