Isnin, 17 Ogos 2015

Watching Baseball Game

Assalamualaikum! Hai. Kalau majoriti rakyat Malaysia suka tengok bola, rakyat kat sini suka tengok baseball. Game baseball mendapat sambutan hangat sepertimana game bola sepak di Malaysia. Dan pada hari jumaat lepas Saya berpeluang untuk menyaksikan game baseball di Stadium Jamsil. Terima kasih kepada Daeho sebab ajak saya dan Fina untuk join tengok game ni.

Daeho ni kawan korea yang saya baru  kenal dalam dua bulan lepas. SNU ada buat satu program 도움이 (help) untuk foreigners yang belajar bahasa. Sesiapa yang mohon untuk join program ni akan dapat seorang kawan Korea. Saya dan Fina sama2 bagi nama dan dapatlah kami seorang oppa. Kalau nak praktis bahasa korea bolehlah praktis dengan kawan tu.
Ok, sabung cerita baseball balik...

Game pada petang tu ialah Doosan Bears sbagai tuan rumah menentang NC Dinos. Saya jadi penyokong NC Dinos pada haritu. Sebenarnya ni pengalaman pertama saya pergi stadium, kalau dulu pun tak pernah pergi tengok bola. Jadi mula2 tu macam excited jugak. Mat Saleh kata excited,  bahasa melayunya jakun. Apa pun satu pengalaman yang menarik lebih2 lagi team yang saya sokong menang pada hari tu. Tak sia2 gigih bersorak walaupun banyak je tak faham apa sorakan diaorang. Last2 miming je. hehe.








Have a nice day!

Tiada ulasan: