Khamis, 3 September 2015

Kejiranan Seorim-Dong

Assalamualaikum! Hai! Seorim-Dong~ Tempat yang pada mulanya sangat mencabar fizikal, mental dan keimanan tapi selepas lebih kurang 6 bulan berada kat sini dan dah dapat sesuaikan diri, okay je ^_^ Best. Walaupun sampai sekarang selalu je, 'adoi penatnya' bila jalan balik rumah sebab jalan untuk naik ke rumah bukan jalan rata, tapi seakan berbukit dengan gradient yang tinggi.

Ni rumah yang saya duduk sekarang.

Hurm.. Acane? Ok tak? Comel? Rumah jenis one room. Masuk pintu ada dapur, toilet, lepastu ada satu sliding door yang memisahkan dapur dan bilik. Ada 7 tingkat termasuk bilik bawah tanah. Saya duduk kat tingkat 4. Dan, tak ada lift T_T. Tapi okay je lama2. ^_^

Setiap tingkat ada 6 pintu... Jom tengok keenam-enam pintu tu.. tiba2 rasa macam nak memperkenalkan pintu2 ajaib, pintu pertama masuk Narnia, pintu kedua Hunger Game, pintu ketiga ke Bikini Bottom jumpa Spongebob, keempat masuk Gotham City jumpa Batman, kelima Pintu Ke Mana Sahaja Doraemon punya, keenam Pintu Hati Awak. Eh tak.

Pintu rumah saya dan Aina mungkin Pintu Ke Mana Sahaja sebab kitaorang nak balik Johor dengan Kedah jumpa family T_T

Pintu Narnia pun best, nak jumpa King Edmund. Eh tapi King Edmund dah balik dunia. Tinggal Prince Caspian.Atau mungkin boleh pergi Bikini Bottom lepas tu join Kelab Siput Ajaib. 



Ilmi! 

Rumah jiran tetangga.

Aina! 

Tangga kejayaan. First time turun tangga ni, time tu musim sejuk malam2 macam 'wow'. Tangga ni disirami cahaya lampu pastu nampak sweet sangat macam dalam drama. Tapi semua tu hanya dongeng semata. Dongeng. Hakikatnya memeritkan. 

Sillim subway Station.

Semalam teman Sya cari hadiah. Saya dan fina yang masih tak boleh move on daripada penyakit lama, mengarut dalam kedai. Nasib baik belum pernah kene halau lagi.
Gambar bawah kanan, jakun sekejap sebab nampak pemukul lalat yang sebijik dengan yang ada kat rumah.

Hadiah bufday lagi. Haha. Sayang korang sangat2. Ni hadiah yang saya dapat daripada Ila, Sya dan Ilmi. Bila baca kad daripada Ila saya rasa macam baca kad daripada diri sendiri. Sebab keluarga dan jiran terdekat panggil saya dengan nama tu. Ila. Apapun tengssss banyak2. Hadiah korang semua sweet!



Entry kali ni khas ditujukan untuk mama. Malam tadi bila webcam mama request untuk update entry tentang rumah. Lepastu macam gelak gelak dan gelak sebab selalunya ayah yang suruh update bila tiba2 mama yang suruh macam tak percaya.

Mama. Hai~ 

Saya tak tau apa pesanan ibu ayah orang lain tapi benda yang buatkan saya rasa kelakar, setiap kali ayah bagi pesanan antara yang wajib ada dalam pesanan tu ialah, 'nanti jangan lupa update blog'. Saya expect macam, 'Ila kat sana jaga makan minum, jangan boros' and something like that. Hehe. Ila tau ayah percayakan Ila. terima kasih ayah!

Sampai disini saja~


Have a nice day!

2 ulasan:

Mat Som berkata...

Alhamdulillah akhirnya ila menceritakan tentang sarang persembunyian ila di sana

IliNabilah berkata...

aah. akhirnya, berjaya~ Harap tak ada orang buat serangan hendap :D