Jumaat, 2 Oktober 2015

Mama

Assalamualaikum! 3 Oktober. Antara salah satu tarikh yang saya countdown setiap tahun. Hari penting orang yang paling saya sayang! Birthday mama~

Sepanjang 17tahun saya tak pernah pisah dengan mama, mama lah mama, kakak dan kawan baik yang sentiasa ada kat sisi saya, yang sentiasa sokong dan sentiasa ada waktu senang dan susah. Kadang2 rasa nak balik rumah, nak jadi anak kecik mama lagi. Hehe. Terima kasih mama untuk semua tu. Kakak sayang mama sangat2. Tak sabar nak balik rumah, nak peluk mama!

Selamat menyambut ulang tahun yang ke... Boleh ke bagitau? ahaaa.. Semoga mama sentiasa berada dalam lindung dan rahmatNya. Dan semoga dimurahkan rezeki. Semoga tak rindu kakak sangat. Hihi.



Ni gambar yang mama yang tersimpan kemas dalam dompet biru saya~

Mama seorang yang cool. Kalau para ibu suka bagi syarahan free tanpa henti kat rumah, mama bukan macamtu. Mama rilek je. Kadang2 kalau adik2 tak terkawal sangat, mama masuk je intro nak memberi syarahan tanpa henti, saya akan tahan gelak sorang2 sebab mama jarang membebel dan bebelan tu akan tak sempurna. Tapi saya pun tak pasti bebelan sempurna tu macam mana. Dan saya akan tunggu mama bercakap panjang mana. Hahaha. Tapi serius tak panjang. Biasanya mama sendiri pun akan rasa geli hati lepastu kitaorang tergelak sama2 belakang adik2.

Kalau bab memasak pulak, mama ajar saya masak campak2 dan masakan tu tak mempunyai nama yang pastinya. "Mama, nama masakan ni apa?" "Entah la kak, masak campak2 je ni". Daripada memasak, mama lebih minat menjahit. Dan saya amat lah bahagia! Senang nak buat baju. Sebabtu jugak saya sayang baju2 kurung yang mama buat sebab akan terasa kasih sayang mama setiap kali pakai. Wink2. 

Mama, kakak sayang mama! Selamat hari lahir.

Bila kakak cari gambar untuk upload, kakak perasan yang tak banyak gambar mama dalam simpanan kakak T_T Balik nanti kita amik gambar banyak tau~ 



Have a nice day!

4 ulasan:

Toko Green World berkata...

terharu nih saya

Obat Lipoma berkata...

artikelnya menarik dan memberikan inspirasi, trimakasih salam sehat

obattradisionallipoma.wordpress.com

nana berkata...

Ili Nabilah..Ari ni belajar blogger lagi..bukak je blog,kuar awak punye blog..hahaha

IliNabilah berkata...

Toko green World & Obat Lipoma: Terimakasih2
Nana: Wana! Rindu awak... Good Luck berblog! Bulan puasa next year kita jumpa taw~