Sabtu, 14 November 2015

Autumn di Deoksukung Palace.

Assalamualaikum!

Deoksukung merupakan antara salah satu daripada 'Five Grand Palaces' yang telah dibina oleh pemerintah pada zaman Dinasti Joseon. Terdapat pelbagai binaan yang terdapat dalam kawasan Istana Deoksukung yang bukan sahaja berunsurkan binaan Korea tapi terdapat juga binaan yang berunsurkan barat.

Pada hujung2 minggu macam ni amatlah bagus sekiranya beta melawat istana2 beta. Dan harini beta telah melawat Istana Deoksukung. Beta amat gembira dan berasa senang hati apabila mendapati para hulubalang dan pengawal istana berada dalam keadaan yang baik dan ceria! Dengan itu beta telah menitahkan bendahara kehormat untuk menambah gaji mereka. Tapi beta buat perjanjian sulit dengan bendahara, siapa yang tolak penambahan gaji akan beta jadikan suami tapi malangnya mereka semua menolak tawaran kenaikan gaji. Beta tidak mampu untuk memilih lalu meneruskan kehidupan single beta. Sampai disini sahaja bedtime story kali ni.

Ili Nabilah

Okey berbalik kepada realiti, tujuan sebenar saya dan 4 rakan lain, Ila, Terry, Jie Min dan Azwa datang sini adalah untuk buat yongsang project, iaitu projek video yang perlu kami hantar waktu study level 5 Korean Language ni. Tajuk projek video kami ialah 'Love is..' yang bertemakan budaya blind date di korea.  
Tengah shooting~~
Ili Nabilah
Ni lah krew2 kami. 


Shooting dalam hujan T_T Di sinilah tempat dimana Si Hero akan berpisah dengan pasangan blind date nya. Ada kisah dongeng yang menjadi kepercayaan masyarakat korea mengenai tempat ni. Nama tempat ni Deoldamkil. Mereka percaya pasangan kekasih yang melalui jalan ni akan putus cinta selepas tu. Erm.. Tapi tadi kami bertembung dengan pasangan makcik dan pakcik yang lalu jalan ni. Ha.. Taktau taktau.


Tempat2 kat sini subhanallah cantik.
Ili Nabilah
Autumn will be my favorite season!

Ili Nabilah
Berangan kejap. Hihiks.
Ili Nabilah
Cara nak pergi ke Deoksukung Palace ialah dengan berhenti di City Hall Subway Station di line1 atau line 2 dan keluar di exit 2. Jalan terus dalam 100 meter akan sampai di gate Deoksukung Palace ni.

That's all for now~ Thanks for reading this nonsense story of mine. Wink2!

Have a nice day!

2 ulasan:

Mat Som berkata...

Assalamualaikum Seoul

IliNabilah berkata...

Waalaikum salam, saya rindu Batu Pahat