Ahad, 20 Disember 2015

Kunjungan Sedara

Assalamualaikum!
Kedai Ikan Bakar Gosame, tempat kejadian.

Pada minggu lepas, ayah dan mama ada bagitau ada saudara kami nak bercuti jalan2 di Korea. Time tu dengar je ada orang nak jalan2 sini mestilah happy^^ Maklumlah dah dekat 10 bulan tak jumpa keluarga. Dapat jumpa saudara mara pun cukup dah. Dan lepas tu ayah bgtau yang sepupu ayah, yang saya panggil cik mur(murni) akan bercuti selama 5 hari di Korea.. 

Dan akhirnya, dalam kepadatan jadual mereka jalan2 kat sini Alhamdulillah pada jumaat malam kami dapat makan malam bersama (tapi disebabkan saya datang lambat, cik mur dan keluarga dah siap makan. Maaf buat cik mur sekeluarga tertunggu-tunggu) Dapatlah kami berbual2 waktu tu dan bertukar khabar. Rasa terharu dan sebak pun ada jugak sebab teringat family tapi nasib baik boleh control. Ahaaa. 

Bersama cik mur dan anak2 gadisnya yang comel2 dan juga tourist guide^^ 
Ili Nabilah
Ili Nabilah
Ili Nabilah

Waktu berpisah ni yang sukar. Apapun, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada cik mur dan cik hatta dan anak2 mereka, Mirza, Wani dan Diana sebab sudi meluangkan masa.

Dapat ole2 dari Malaysia~ 

Have a nice day!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cute..mcm karangan bm ah dik!! #majulahbmutkadik

Mat Som berkata...

Tkasih Murni sepupuku , Suaminya En Hatta, Mirza, Wani dan Yana
Sudi menjengok anakandaku di utara bumi
Ili jgnlah sebak...