Khamis, 3 Disember 2015

Pulau Nami Winter Sonata

Assalamualaikum!
Hai. Siapa yang tengok Winter Sonata mesti familiar dengan tempat ni. Ehem, sebenarnya saya pun tak tengok drama tu, tapi berbekalkan semangat tengok2 poster ke iklan2 winter sonata tu, sampai juga saya ke sini bersama 9 girlfriends yang lain. Ada sebahagian diaorang yang dah kali ke-3 datang Pulau Nami ni. Woah. Sebelum start, saya nak ucapkan terima kasih kepada master planer Aina dan Suraya dan juga kepada kawan2 yang lain.
Ili Nabilah
Naik feri untuk ke Pulau Nami.

Ili Nabilah

Projek gonjunim (princess)+ projek runningman.

Setiap tempat yang kiteorang bertujuh pergi, wajib buat lompatan dalam formasi ni. Kawan2 yang follow kiteorang kat insta mungkin boleh tengok~
Ili Nabilah
Me and my 9 awesome girlfriends.

Nurul dan Ila!

Kiri ila kanan ili. Mungkin boleh abaikan yang nama ili tu dalam gambar ni.

Masih dengan projek runningman. Bukak winter coat tengah2 salji semata2 nak nampakkan tag nama kat belakang baju. Kerja tough. 
Ili Nabilah
Jeng jeng jeng.. Ini lah tempat yang famous tu! Subhannallah cantik~

Kat sini ramai pelancong Malaysia. senang je nak terserempak dengan rakyat kita tanpa mengira bangsa. Mula2 ingatkan sorang pakcik tu ahjosshi korea, tiba2 tegur, 'boleh tolong ambikkan gambar?' Haha.. Boleh2.


Destinasi kami yang seterusnya ialah... Rail Park! Tempat dimana kami perlu mengayuh basikal selama 40 minit lebih kurang. Actually benda ni seronok, santai and enjoy kalau buat waktu cuaca ok. Tapi kami buat semua tu dalam keadaan salji turun dan masing2 kesejukkan, kaki macam nak beku dan benda tu jadi sangat mencabar. Apapun best!
Fina.

Waktu menunggu.
Ili Nabilah
Antara faktor saya kurang rajin membaca sebab saiz buku yang kecil(salah satu sebab lah kot. Rasa macam ada banyak). Mungkin kalau buku besar camni boleh jadi rajin sikit.
Ili Nabilah
View yang lawa subhannallah. Tapi cuaca pulak, astaghfirullah. Berdoa semoga cepat sampai je masa tu sebab tangan dah kebas tapi gagahkan diri untuk keluarkan tangan dan ambik gambar~ 



Hahaaa.. Gambar paling win haritu. Winter sonata sangat. Good Job! Wink2!

Thankyou girls kerana meluangkan masa seharian bersama! 

Have a nice day!

5 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

Cantik pemandangan dan tuan punye blog

Mat Som berkata...

Pagi tadi jumpa Cik Amanah
Di rumahnya
Dia kata selalu tgok blog Ili
Cuma tak pandai nk komen

IliNabilah berkata...

mummy Gee: terima kasih mummy gee~
Mat som: yeke ayah? huhu.. terima kasih cik manah. nanti kalau jumpa cik amanah lagi tolong sampaikan salam ila ^_^

Tanpa Nama berkata...

saya selalu baca blog kak ili, inshaa Allah kalau impian saya tercapai nak menuntut ilmu kat bumi sonata ni saya akan jumpa kak ili ye! ^^,

IliNabilah berkata...

Terima kasih sudi baca blog akak. Wah,, akak doakan impian adik tercapai. In shaa Allah kalau ada rezeki kita jumpa^^