Khamis, 17 Disember 2015

SNOWFLAKE

Assalamualaikum!


Kecik-kecik dulu waktu cuti akhir tahun kerja saya tak lain dan tak bukan ialah menonton tv siang petang dan malam sebab waktu tu belum kenal lagi drama2 korea ni. Time hujung2 tahun dah nak dekat dengan krismas mesti kebanyakkan movie mat saleh sampaikan ke kartun cat n dog atau blues clues semua tayang tentang krismas. Bebudak yang excited tunggu santa bagi handiah, pastu excited hias pokok krismas, siap kadang2 ada fairy yang senyap2 bagi cahaya 'tingg' kat bintang yang dorang letak kat puncak pokok fir tiruan. Dan antara banyak2 benda ni ada satu kebenaran yang selama ni saya anggap hanyalah tipu dan rekaan semata-mata. Kewujudan SNOWFLAKE. 

Sejak masuk musim sejuk ni, tiap2 hari excited tengok ramalan kaji cuaca dengan harapan benda tu kata salji turun. Sampai lah satu hari, bila kitaorang bukak tingkap kelas nampak benda2 kecik warna putih melayang2 kat udara. Terpegun kejap. Eh salji!! Malangnya waktu tu kelas dah nak start jadi niat untuk main tu kitaorang tangguh kejap. Masing2 berkurumun kat tingkap belakang kelas, terpesona dengan salji pertama. Tak lama lepastu salji turun makin lebat dan kitaorang makin terpegun. Sampai la tiba2 ada sebutir salji hinggap kat tingkap kaca kelas. Kawan saya yang nampak butiran salji tu,"Eh korang, lawanya bentuk salji". Saya time tu blur blur lagi. Salji? Bentuk lawa? Selama ni bayangkan dia bentuk bulat ke bujur ke macam air hujan ke cuma dia beku sikit. Haha. Lepas tu kawan lain pulak kata, "eh ni snowflake la". Time tu macam, 'seriously snowflake?!'. Bila ingat2 balik memang tak pernah ada sesiapa yang cakap snowflake tu tipu. Haha. Dan bila tiba waktu rehat, keluar tengok salji betul2, omaigad benda ni bukan rekaan semata-mata. Cantik! Bentuk salji memang macam snowflake dalam kartun tu. (19 tahun ditipu oleh pemikiran sendiri). 

Snowflake, indahnya ciptaan tuhan. 
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nahl ayat 12:
"Dan Dia mengaturkan malam dan siang, matahari serta bulan untukmu dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memahami". (16:12)

Antara snowflake yang mula cair. Sorry camera phone akak fail bab zoom2 ni, tak lawa dah.

Keadaan jalan raya tepi rumah pada suatu hari. Dan saya ingatkan dulu kalau musim sejuk akan ada salji 24 jam. Tapi, kat Seoul tak banyak salji. Buat masa ni mungkin baru 2-3 kali je salji turun. Snowman pun tak buat lagi T_T. Do you want to build a snowman?~~~

 2 minggu sebelum masuk alam 20'an. Kecut perut >_<

Makanan paling sedap kat tempat paling best. Ayah sent gambar ni di group wasap. Teringat dulu2 main masak2 pondok2 kat kebun. Kumpul kayu, hidupkan api untuk halau nyamuk lepastu selitkan ubi kayu kat celah2 kayu api. Makan ubi panas2 woah! Masak maggi dengan kayu api pun best jugak walaupun seksa nak masak tapi nikmat dia bila makan Ya Allah, kalah perasaan makan kat VIP sonsaengnim bawak waktu pergi jeju dulu. 



~Only miss the sun when it starts to snow~

Have a nice day!

Tiada ulasan: