Jumaat, 11 Disember 2015

Terbang Pulang

Assalamualaikum!


Berikan saya sepasang sayap, saya nak balik, jumpa orang2 yang saya sayang ^_^

Pada waktu2 sukar, saya selalu teringat balik apa yang terjadi dulu. Macam mana saya overcome masalah2 yang timbul, macam mana saya bangun balik bila jatuh. Saya cuba cari balik semangat dulu sebab kebelakangan ni saya selalu lupa nak bangun balik kalau jatuh.

Dan pastinya pada waktu2 sukar juga saya selalu ingat orang2 yang selalu bagi dorongan, yang sentiasa ada untuk bantu saya. Keluarga dan sahabat, terima kasih. 

Tapi mungkin saya terlalu bergantung kepada orang lain dulu. Kini saya perlu belajar untuk lebih berdikari. Saya mengaku, tak mudah. Apapun saya anggap ianya sebagai satu ujian. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. 

Sedar tak sedar dah hampir 10 bulan saya berjauhan dengan keluarga. Rindu. Semestinya! Mama ayah adik2~ Rindu ikan bakar kuah asam, asam pedas, lontong, roti arab kat pasar, tapi paling rindu ayam KFC. Ayam KFC kat sini tak halal. Bayangkan lah, bila lalu depan kedai2 makan macam tu bau dia ya Allah sedapnya tapi tak boleh nak makan. Tak boleh jadi ni. So, benda pertama nak buat bila sampai KLIA nanti, nak singgah makan KFC jap. Tak kira. Haha. Ayah mama, jom makan situ dulu sebelum gerak balik rumah~

Dan, saya pun rindu kawan2! Saya mengaku saya jarang contact diaorang tapi jauh di mata tak bermakna jauh di hati! Kadang2 rindu, kadang2 mimpi. Dan macam mana saya tak lupa diaorang, saya harap diaorang pun masih ingat saya ^_^

That's all for now! Assalamualaikum...
-Midnight entry-

Have a nice day!

4 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Cik pun sejak duduk sini tak pernah mkn KFC.. mcm blom jumpa lg yg halal.. klu Mc D ada.. nun kat Mirabooka.

Cik pun lately rindu Msia.. Tp dpt dgr suara ayah Ila dgn nenek kat wassap, terubat la sikit rindu. OK take care!. Stay strong!

Unknown berkata...

Rindu tu cuma mainan perasaan je ila, cik eton...(mama)..

Unknown berkata...

Rindu tu cuma mainan perasaan je ila, cik eton...(mama)..

IliNabilah berkata...

Miss Mirror, aah kan cik. Rindu.. terima kasih cik ^_^

Mama, mungkin jugak.. tapi tetap rindu. hihii