Sabtu, 16 Januari 2016

Takoyaki.

Assalamualaikum!
Takoyaki. Takoyaki ni berasal dari jepun dan merupakan sejenis makanan yang lebih kurang macam jemput2 sebab bentuk dia bulat2. Tapi takoyaki bukan digoreng dalam kuali, tapi dimasak dalam kuali khas bentuk bulat2 (boleh tengok gambar kat bawah). Bahan2 basic takoyaki ni tepung, sotong dipotong dadu, lobak cincang, mentega, dan jagung. Ni antara bahan yang pakcik kedai takoyaki yang kitaorang selalu beli ni guna. Lepas masak dia akan taburkan green laver dan dried bonito (macam ikan yg dipotong halus dan dikeringkan, but at first i thought it was sotong sebab rasa dia macam sotong kering).

Ni la pakcik yg peramah dan takoyaki yang dia buat memang enak bangettt buk.

Kedai takoyaki. Daripada rumah ambik masa 10-15 minit untuk sampai kedai ni kalau jalan kaki.

Kedai ni sedikan 3 perisa, original, cheese dan spicy. Paling best kalau ambik separuh cheese dan separuh spicy. Spicy dia amatlah pedas lepas tu dah tersiksa dengan rasa pedas, makan pulak yg cheese. Rasa cheese yang sedap dan lembut tu akan tenangkan balik lidah yg terbakar tadi. Heaven sangat~


"Pakcik saya nak ambik gambar boleh?" "Boleh2. Nak tunjuk kawan2 kat Malaysia ae?" "Aah" Tapi kakak nak tunjuk kat mama ayah sebenarnya . Sebab kakak pernah mimpi mama ayah datang jenguk kakak lepastu kakak nak bagi mama ayah rasa takoyaki. Banyak2 makanan takoyaki yang masuk mimpi. Nasib baik tak mimpi nasi lemak, tak tau la kalau bangun tidur nak cari kat mana nasi lemak tu. 

 Yummy! Sejuk2 dapat makan takoyaki  panas2 satu perasaan yang tak mampu akak gambarkan. Ibarat makan pisang goreng waktu hujan. Tapi bila fikir balik macam lagi sedap je pisang goreng cicah sambal kicap mama buat. Huwarg *meraung* nak pisang goreng. Haha. 

All I can say is yummy and yummy. 
That's all for now~


Have a nice day!

5 ulasan:

Mat Som berkata...

Sedapnya...besok balik Msia
Buatkan utk kita orang ya

Mat Som berkata...

Sedapnya...besok balik Msia
Buatkan utk kita orang ya

IliNabilah berkata...

mungkin la mungkin, boleh cuba buat pakai loyang bahulu. Hihi. Ataupun ila tapaw bawak balik ke... =D

Mia berkata...

Assalamulaikum Kak Ili, saya nak tanya sebelum akak masuk intec kan akak mohon under apa sebenarnya ye? Ada cara lain selain piln ke?

IliNabilah berkata...

Wsalam mia. Akak mohon biasiswa jpa. Kalau mcm tahun akak, jpa dengan mara masih hantar student persediaan korea ke intec, tapi start tahun lepas, jpa je yg hantar, Mara dah tak. Cara lain tu akak tak sure. Senior2 akak ada yang datang sini dengan biasiswa lain. Tapi batchmates akak semua under jpa atau mara.