Jumaat, 1 Januari 2016

Welcome 2016!

Assalamualaikum! Happy New Year. 새해복 많이 받으세요!

Bila mention tahun baru.. Hurm, orang2 kata benda yang wajib ada ialah azam tahun baru. Bila tiba tahun baru ni semua jadi orang yang berwawasan tiba2 contohnya akak. Azam tahun baru 'erm erm nak jadi orang yang berjaya dan lebih baik daripada tahun sebelumnya' contoh azam yg cliche. Tapi at least dalam setahun ada la sekali akak tunjukkan sikap berwawasan dan ada matlamat hidup dengan cara buat azam baru ni. Hihhi.

Tapi kalau boleh tahun ni akak nak bangkit banyak. Hurm tahun lepas rasa macam teruk sangat akak malas belajar, buat keje pun main2. Asyik tak bersemangat macam ada tertinggal sesuatu kat Malaysia. Nak cari semangat tapi tak jumpa2 lepastu terhanyut dalam ke-tidaksemangat-an yang berlarutan. Dan hasilnya, keluarlah result2 periksa yang tidak membanggakan. Haha. Rasa nak pukul2 diri sendiri sebab mengada-ngada.

Mana semangat belajar waktu SPM dulu? 'meraung'

Jadi, tu la azam akak. Lagi2 umur dah cecah 20. Tak sangka akhirnya akak jejak jugak ke angka 20 ni. Sebab tu juga 'berakak-akak' sekarang ni, akak tua dah T_T.  Lepas dah jejak alam 20an ni kita kene la fikir mungkin dengan lebih serius tentang masa depan diri keluarga bangsa agama dan negara. Buat masa ni fikir diri sendiri pun fail je selalu. Kalau boleh nak buat anjakan paradikma gitu hew, jadi lebih rajin, aktif dan jadi seorang yang berguna kepada orang lain.

Bulan 3 ni akak akan masuk  ke Dongyang Mirae Universiti ambil course Machanical Design Engineering. Doakan akak^^
Ili Nabilah
Feeling2 Katniss Hunger Game.
Akak diet lepastu sayap akak yang besar lebar tu mengecik dah.
Siapa datang Itaewon boleh jumpa gambar sayap ni kat dinding luar restaurant Siti Sarah on the way pergi masjid. Dia ada dalam lorong kecik. Tapi serious macam kelakar ambik gambar kat situ. 
Ili Nabilah
Semalam ada shooting untuk majalah batch dengan tema playground! Tema pebret akak.
Ili Nabilah
2 Januari. Selamat ulang tahun ayah. Sama macam akak, ayah akak pun tahun ni betukar angka jugak.Ila taknak tulis panjang2 kat sini sebab Ila dah buat karangan dalam kad bufday ayah. Nanti ayah baca tau.
I just want to tell the world that my dad is my superhero! 
Nak cari prince yg protective macam ayah

1st January, Wana's Birthday. She is my other half and I miss her so much. We've being bestfriend for 8years and wana thanks for everything you gave me. I wiss you good luck and keep on with your kindness. May Allah bless you.




Have a nice day!

Tiada ulasan: