Isnin, 7 Mac 2016

February Summary

Assalamualaikum!
Saat2  melangkah pergi meninggalkan Sillim.. Sayu je hati nak tinggalkan rumah, pejam celik tak sangka setahun dah duduk kat sini. Tengss to roommate, Aina. Dan pada saat tu juga bermulalah tempoh penghijrahan akak. Seminggu jugak akak berhijrah sebab rumah yang akak nak pindah masuk masih berpenghuni. 

Frame hasil karya kawan akak, Ila untuk birthday Suraya.. kitaorang macam buat marathon birhday party jugak sebab dalam masa sebulan ada 3 kawan yang sambut birthday. Happy birthday Suraya!

Daftar kelas, student2 panggil perang. Dan akak mampu lagi snap gambar time tengah perang >_< Bermulalah hidup baru akak di kejiranan Gocheok dan di Dongyang Mirae University.

Ikan Bakar Cheese, Kejiranan Konkuk. Masih dalam tempoh 'penghijrahan'. Konkuk jadi salah satu tempat persinggahan kitaorang. Dalam 2 malam menumpang kat rumah Ila, Ipah dan Auni.

Sungkyunkwan University. Tengok senior grad. Terharu akak T_T.

Again, salji,and again akak jakun. Salji cantik. Cantik kalau kita tengok dari dalam tingkap. Sejuk dia akak cannot.

29 Februari, birthday Fidah! Diulangi 29 Februari. Akak suka sangat birthday dan tak dapat bayangkan kalau birthday akak jatuh pada 29 Februari. T_T. Happy Birthday Fidah, stay pretty and sweet macam selalu. Btw, tema purple...

Seoul Forest. Senior Kelab Umno Korea buat event sambut Batch16 (batch junior) datang. Dan ada nasi lemak! Hikhik.. 



Have a nice day!

2 ulasan:

Mat Som berkata...

Semoga berbahagia di Gocheok
Nama tempat tak sedap
Yg penting org di sana berdisiplin tinggi

Mat Som berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.