Jumaat, 25 Mac 2016

Medical Checkup dan Foreign Food Mart

Assalamualaikum!

Semalam pihak universiti (Dongyang Mirae Universiti) adakan medical checkup free utk semua student. Daripada timbang berat, ukur tinggi, sampai ke test pendengaran, penglihatan, ambik darah dah x-ray. Medical checkup ni dijalankan selama 3 hari (rabu hingga jumaat) dan turn kelas akak buat pada hari jumaat semalam.


Akak dengan kawan akak, fina pakai jubah x-ray. 


Dalam checkup sana sini tu yg paling scary ialah ambik darah. Of coz. Haha. Akak tak takut jarum tapi macam sakit sikit kan kene cucuk tu jadi setiap kali kene injection akak tak berani tengok, pandang tempat lain sampai doktor kata "ok dah siap". Baru akak macam mampu bernafas balik.

Dari kecik akak percaya kalau akak tak tengok, akan kurang rasa sakit. Tapi dulu waktu mama kena pergi medical checkup setiap 3 bulan sekali kat hospital, setiap kali balik ambik darah mama akan cerita apa yg terjadi antara mama dan nurse/doktor dalam ruang ambik darah tu. Kalau kene yg ok alhamdulillah.. kalau kene doktor doktor pelatih memang pernah jugak la tangan mama bengkak. Dia cucuk dah tapi sebab darah tak keluar dia gerak2 kan sikit jarum tu. Omaigad. Haha. Tapi pointnya kat sini mama berani tengok semua tu, segala kejadian yang scary tu. >_<

Berbalik kepada medical checkup donyang, lepas dah cek tekanan darah, mata, telinga dan gigi, jeng jeng jeng.. Haha. Masa untuk ambik darah. Kecut perut iolls. Kebetulan barisan untuk tunggu ambik darah tu panjang. Dalam lebih 10orang yang tunggu dan tempat untuk ambik darah tu bukan satu ruang tertutup, dia buat kat satu meja kecik dan semua orang yg buat medical checkup boleh tengok lagi2 kitaorang yang tengah beratur tu. Time tu macam prepare je la mental fizikal (overr) haha. But then tengah2 beratur dan tengok orang lain kene, tiba-tiba terfikir untuk challenge diri sendiri, kali ni taknak pandang tempat lain, dan tengok detik2 doktor tu cucuk jarum, lepastu sedut darah dan cabut balik jarum (Bagi akak benda ni cukup challenging dah).

So, tibalah turn akak. Datang je kat meja doktor, firstly greet "annyeonghaseyo" sebelum hulur borang dan duduk. Then doktor suruh genggam tangan dan dia pun sapu2 ubat sejuk kat tangan dan tekan2 cari urat. Waktu tu jarum get ready dah kat sebelah.  
Dia jumpa je urat, then haha. `Mama, kakak tengok waktu doktor cucuk! `Alhamdulillah tak sakit sangat. Lepastu bahagia sebab misi waktu tu berjaya. Boleh dah mengaku jadi anak mama. Hihi.

.
.
.
.

Pada petang hari yang sama, akak dengan roomate akak, fina pergi itaewon untuk beli barang masak.

Ini antara rutin mingguan student2 malaysia kat sini (Bumi Kimchi) sebab cuma kat itaewon dan beberapa tempat lain je ada jual daging halal. Tapi paling common kitaorang beli kat Itaewon sebab ada foreign mart. Bukan setakat boleh beli ayam tapi sos2, serai, milo, mee segera halal, kicap dan lain2 pun ada jual. Selain tu juga kat Itaewon ada banyak kedai kebab dan kedai halal lain jadi siapa yang teringin makan sedap2 boleh datang sini. Tapi harga makanan kat sini mahal sikit daripada tempat lain. Huhu. 

So this is the foreign mart. Jom masuk~




Tadaaa.. ayam dan daging halal~







Serai, daun limau purut dan sengkuang.







Tempurung kelapa. Terkejuttss akak.




Ni barang2 kitaorang beli. Ayam dah selamat masuk dalam peti ais. 

That's all for now. Bye bye. Assalamualaikum..

Have a nice day!

Tiada ulasan: