Rabu, 24 Ogos 2016

God work in a mysterious way

Assalamualaikum!



  Saat kita merancang, yang Maha Esa punya rancangan yang lebih baik...








This is how the story begins.....

Selasa-24/8/2016

Surprise Birthday Party.
Wana, Amirah, Fieqa dan Farahin senyap2 nak buat birthday party kite awal daripada tarikh sebenar. Hehe. Sweet ngat. Pagi2 lagi dorang kumpul kat rumah fieqa, sediakan makanan, goreng ayam, kentang, bebola, Wana masak mee hoon tomyam yummy. Disebabkan ada beberapa hal belum settle, Wana uruskan masak2 kat rumah, Fieqa, Amirah dan farahin keluar untuk beli barang dan settlekan persiapan lain termasuk print gambar dan ambik pam untuk tiup belon. Gigih dorang prepare iolls terharu T_T

Surprise Tersurprise.
Sebab excited nak jumpa gang, saya terdatang awal daripada waktu yang diaorang jangka, dan dorang bertiga belum balik lagi masa tu. Alang2 saya sampai dah kat rumah Fieqa, Wana pun ajak masuk so boleh tolong dia prepare makanan. Huhu. Tadaa.. Nampakla serba serbi persiapan surprise party tu. Lepastu macam eh nak pura2 taktau dengan dorang ke macam mana eh. Takpe la kita Just Go With The Flow. Jom tunggu dorang bertiga balik sambil tiup belon.

Here They come!
Akhirnya dorang bertiga balik, Saya duduk senyap belakang pintu masuk konon nak au chakk dorang, tapi dorang masuk lalu pintu lain.Alamak. cane ni. Reda je la, duduk je la kat kerusi kat ruang tamu ni. Dorang pun masuk rumah. Hai! Surprise, korang! Dan saya terima sedikit pukulan2 manja gittew, sebab ruined the surprise. 

Happy Decorating Time
Alang2 semua dah kumpul kitaorang pun sama2 prepare makanan dan hiasan! Tiup2 belon dan sempat jugak buat balloon fight.  Happy sangat2. Sempat gelak dan gaduh2 sebab ada orang tu nak buat kerja yang tak guna tenaga. 

Allah's plan.
Waktu excited nak start our little party, tiba2 Mira dapat panggilan phone. Atok Mira baru hembuskan nafas terakhir.... Sayu. Semua terdiam.....Selama ni Mira selalu jaga atok nenek dia. Jarang dapat join kitaorang sebab nak tolong jaga atuk. bukan senang cucu nak tolong jaga atuk nenek. Saya sendiri tabik kat dia. Allah lebih sayangkan arwah atuk Mira dan harap Mira kuat hadapi semua ni. Lepas letak call Mira kemas2 beg, kitaorang bawakkan sikit makanan walaupun tau dia mungkin tak lalu makan, harap2 dapat buat alas perut. Tak lama lepas tu ayah Mira datang ambik. Sebelum balik, Mira sempat bagi hadiah bufday untuk saya T_T

Barang yang tinggal.
Saya nampak kertas2 warna dan kertas dengan print gambar kitaorang ada kat kerusi rumah Fieqa. Mesti ni Mira punya. Ada lagi benda yang dia tak sempat siapkan... Dan game2 yang dia tinggalkan. Tak dapat main harini. Kitaorang sepakat nak main bila semua kumpul lagi jadi kitaorang letak barang2 tu dalam time capsule... 

This is how it ends.
Kami berempat yang tinggal ni, mula makan. Makanan dah terhidang ni kita kene makan. While eating, Wana dan Farahin tunjuk video yang diorang buat. So sweet dorang simpan lagi gambar lama2. Sebelum balik dorang pun bagi hadiah T_T... Tengkiu korang for that day. Walaupun plan kita tak jadi, tapi Allah mesti ada plan yang lebih baik. Every cloud has silver lining. Be strong Mira... Al-fatihah untuk arwah atok Mira.

 Mira draw me this!

 Surprise Box from Mira too!



Thank you very much for everything. For the time you spent, sacrifice you guys made, for the support, fight, all of our sweet moment and everything!

Have a nice day!

Tiada ulasan: