Jumaat, 26 Ogos 2016

Things to do during semester break

Assalamualaikum!


Hai.. Cuti panjang dan belum ada idea aktiviti apa nak buat? 
Bawah ni saya share sikit antara aktiviti yang korang boleh try waktu cuti sekolah/sem. Semua ni antara aktiviti yang saya buat waktu cuti sem . Harap2 ada aktiviti berguna yang dapat bantu awak awak untuk isi masa lapang, terutama kepada girlsss, dan awak2 yang suka habiskan masa di rumah. 


1. Menjahit.

Luckily mak saya seorang tukang jahit, jadi saya belajar dengan mama... Kali ni mama ajar buat blouse. Dan sempat rasa jahit baju kurung moden, baju melayu. Boleh la bukak butik lepas ni buat part time. Btw, berangan itu hobi saya nombor 4. 

Tapi risiko belajar dengan mak sendiri boleh nak manja2, bila tiba part susah bagi je mama buat. Bila lagi kan kita nak manja2. Hihikss.. Tiba2 ada cerita best kat tv, 'eh berhenti kejap jom tengok tv dulu'. Pastu kejap2 tengok phone. Kejap2 keluar pulak benda best nak cerita n gossip, habislah pot pet pot pet~~





2. Cuba resepi baru    


Sebab duduk korea setahun lebih, kita tunjuk sikit skill buat kimbab. Walaupun bentuk kimbab ni macam tak berapa sihat tapi alhamdulillah rasa dia not bad. Nyaris-nyaris iolls tau. Masih boleh lalu kat tekak, perut masih nak terima. Haha.. Bentuk kita boleh improve next time. Usaha kan tangga kejayaan. Yang penting, usaha tu ada dah~

Saya letak daging dan cheese dalam kimbab ni. Dan disebabkan seaweed korea dah habis saya guna Taokaenoi perisa asli.



Nak buat karipap tapi tak rajin nak buat inti kentang, so time banyak masa  macam ni kita kena bereksperimen kan. Hahahaha (gelak jahat).. Apa salahnya kalau guna inti pisang, simple dan save time.  Buat penggemar pisang mungkin boleh try tapi kalau awak minat buah-buahan lain macam saya tak perlu try karipap inti pisang ni please.. Makan pisang camtu je lagi sedap. Yummy... 

Conclusion, karipap inti pisang antara cubaan yang belum berjaya.



Karipap inti daging dan cheese. Sama macam inti kimbab tadi kannnn. Lepas beberapa kali gagal, yayyy kali ni menjadi. You can try this!




3. Try how to solve a rubik's cube .

Harap saya belum terlalu tua nak belajar, sebab biasanya orang belajar skill ni waktu sekolah tapi malangnya saya tak tau apa saya buat waktu sekolah dulu. Mustahil 24hours belajar. Mustahil. Mimpi dalam mimpi.

Ni ada link yang sangat membantu kalau nak try solve rubik's cube untuk beginner: https://www.youtube.com/watch?v=MaltgJGz-dU 




4. Learn about photography.

Sejak kecik minat sangat ambik gambar dan 2 bulan lepas saya dapat beli camera! So cuti kali ni saya ambik peluang untuk lebih get-to-know my camera. I'm still a beginner and perhaps if you're a photographer  and would love to share your comment or tips please do so^^ I really appreciate it.




5. Read more books.

Membaca jambatan ilmu. Jom membaca. (Tiba2 teringan kempen membaca kat sekolah dulu).




6. Food Hunting.

Food Hunting. Tapi untuk saya mungkin lebih tepat breakfast hunting. Nasi Ambeng, Lontong, Nasi Lemak, Roti canai. Waktu cuti ni kita makan puas2 benda ni. Mana nak cari nasi ambeng dan lontong bila balik Gocheok-dong nanti T_T




Durian!
Tengkiu Nyai, Cik Siti dan Cik Can, jiran saya Uda, Angah, Cik Misah, Cik Sani sebab selalu bagi durian. Tengkiu jugak ayah sebab belikan durian. Tak kempunan dah balik nanti. Hehe. Dan tengkiu jugak gang karimamak yang sponsor durian waktu jumpa2 haritu. *speechless* haha. Memang terbaik~





7. Hang out with hometown besties.


Ni antara yang wajib buat~ Masing2 tempat belajar lain2 bila lagi nak jumpa. Last time, diaorang berjaya buat saya tengok cerita hantu. Sebab sayang, kita tengok. haha. Lain kali kalau nak tengok movie seram korang belanja. 




8. Join class reunion.

Karimamak Priorities. 
"Sampai bila kita nak jumpa2 macam ni?"."Sampai ada yang kawin". 

Konvoi raya.



9. Make  a visit to school!
Akhirnya berpeluang jejak kaki kat sekolah. Disinilah segalanya bermula. SMKDS. 



10. Start writing a journal
Kepada sesiapa yang nak buat/tulis jurnal tapi belum berkesempatan, boleh gunakan waktu cuti ni untuk mulakan! 





11. Learn an instrument.







 12.Spend time on hobby!


Why colour the sky blue when you can paint aurora~



13. Have a good rest!
      Rehat dan tidur cukup! Tenangkan hati minda dan bersiap sedia untuk sem yang seterusnya.





14. Spend good time with family.

Benda paling penting nak buat waktu cuti. I really enjoyed every fight we had! Haha. Terima kasih mama, ayah, Ifan, Iwan, Arina, Aliff untuk semuanya! Makanan je dah cukup banyak. Hehe. 



Lastly, 
Don't be shocked,  but I really turned 20. 


Have a nice day!

Tiada ulasan: