Sabtu, 4 Mac 2017

Short Entry March 2017

Assalamualaikum!

Somewhere bawah jambatan.

Start sem baru. Subjek makin mencabar. Harap semuanya berjalan lancar. Berazam nak lagi rajin. Study dari awal. Buat masa ni masih lagi harapan. Harap jadi kenyataan. 

Gunakan masa yang masih free ni keluar jalan-jalan. Nasib baik tengah-tengah Seoul ada sungai luas terbentang. Ada tempat boleh tuju. Sungai, tasik, pantai tak pernah tak menenangkan. Subhanallah. 


Lagi jauh berjalan, macam-macam benda boleh belajar. Tempat asing orang asing. Kadang-kadang Allah hadiahkan sahabat untuk bantu. Pertemuan singkat. Tapi bermakna.  Berdoa hidayah jadi miliknya. Untuk diri ini juga supaya lebih mendalami islam. 

Tak kesah apa orang kata tentang mereka. Yang pasti kita masing-masing buat kesilapan. Mereka bagi kita ucap terima kasih. Kalau sebaliknya eloklah berdiam diri. 

Kita dengan kepercayaan kita dan mereka dengan kepercayaan mereka. Bawa imej islam terasa besar tanggungjawab disini. Macam-macam soalan yang diri ini tak mampu jawab.  Perlahan-lahan belajar. Untuk diri sendiri dan orang lain. Untuk kita. 




Tali persahabatan erat terjalin. Hadiah paling bermakna. Bila berjauhan daripada keluarga merekalah disisi. 
Yang menceriakan suasana hujung minggu. Healing time sentiasa. Walaupun tersesat tengah-tengah bandar. Angin sejuk mula bertiup bila hari makin gelap. Sanggup je. Terima kasih.



Gigih keluar pagi-pagi nak tengok sunrise. Sampai tepi sungai matahari dah keluar. Lambat 5minit mungkin. 

Cantik. Subhanallah. Tiap2 hari matahari terbit sampai kita selalu tak perasan keindahan tu. 


Have a nice day!

Tiada ulasan: